Thiago Silva: “Neymar Tak Kecil Hati Apabila Disorak ‘Boo’ Oleh Penyokong Sendiri”

Pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Thiago Silva mendedahkan yang rakan sepasukan beliau iaitu Neymar tidak kecil hati dengan sikap penyokong pasukan mereka sendiri.

Dalam perlawanan menentang Dijon yang menyaksikan PSG menang dengan jaringan 8-0, Neymar telah menerima kecaman hebat oleh para penyokong mereka sendiri.

Hal ini berlaku apabila Neymar membuat keputusan untuk mengambil sepakan penalti untuk PSG walaupun ketika itu beliau sudah memperoleh hatrik.

Penyokong PSG ketika itu memberikan sorakan boo kepada Neymar dan menyorak nama Edison Cavani kerana mereka mahukan sepakan penalti itu diambil oleh penyerang Uruguay tersebut.

Walaupun begitu, Silva berasakan Neymar tidak terkesan dengan apa yang beliau terima sewaktu mengambil sepakan penalti itu.

“Saya tak rasa beliau marah dengan sikap penyokong kami selepas perlawanan.”

“Saya sedar yang ada penyokong yang menentang Neymar, akan tetapi yang penting adalah kami mencapai kemenangan.”

Dalam perlawanan menentang Dijon itu, Neymar menjaringkan 4 gol dengan Cavani menjaringkan 1 gol untuk pasukannya.

1 gol Cavani itu membolehkan beliau kini menyamai rekod Zlatan Ibrahimovic sebagai penjaring terbanyak PSG sepanjang zaman dengan 156 gol.

Paris Saint-Germain’s Uruguayan forward Edinson Cavani celebrates after scoring a goal during the French L1 football match between Monaco and Paris Saint-Germain (PSG) at the Louis II stadium, in Monaco, on November 26, 2017. / AFP PHOTO / VALERY HACHE (Photo credit should read VALERY HACHE/AFP/Getty Images)

Insiden penalti itu nyata menafikan peluang Cavani untuk menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah PSG.

“Cavani pastinya akan pecahkan rekod itu. Beliau sering menjaringkan gol untuk kami.”

“Masih banyak lagi perlawanan yang akan kami lalui, dan beliau akan punya peluang untuk pecahkan rekod itu nanti.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN