Leicester City Menangi Perlawanan Ulangan Pusingan Ketiga Piala FA dengan Bantuan VAR!

Dua gol Kelechi Iheanacho telah membantu Leicester City menewaskan Fleetwood Town awal pagi tadi. Namun salah satu gol dijaringkan beliau telah diraih dengan bantuan VAR.

Pada asalnya, gol kedua beliau telah dibatalkan pengadil kerana ofsaid. Namun, pengadil perlawanan, Jonathan Moss merujuk kepada Mike Jones, pegawai yang dilantik mengendalikan video.

Bantuan video

https://www.youtube.com/watch?v=ZBpeVsvr7PQ

Video memaparkan Kelechi dalam kedudukan onside. Ini berlaku apabila pemain Fleetwood, Nathan Pond mengikutinya dari belakang.

Beliau menjaringkan gol setelah menerima hantaran daripada Riyad Mahrez pada minit ke-76. Pengadil mengambil masa lebih kurang seminit untuk membuat keputusan.

Setelah pengadil merujuk kepada video, barulah gol itu dikira. Dalam kata lain, keputusan membatalkan gol Kelechi itu telah terbatal sendiri.

Ini bermakna, gol beliau merupakan gol pertama di Britain yang disahkan melalui VAR! Itu pun setelah mengalami kesilapan daripada pengadil sendiri.

Disenangi

Pengadil perlawanan berbincang dengan pembantuknya ketika kontroversi timbul. Sumber: The Telegraph.

Bantuan VAR itu telah menerima pujian pengurus Leicester, Claude Puel. Walhal sebelum ini, beliau dikatakan antara yang mengkritik penggunaan VAR ini.

Beliau mengakui perasaan beliau bercampur baur apabila gol itu disahkan oleh VAR. Malah, beliau sendiri merasakan VAR sudah sempurna untuk dilaksanakan semasa temuramah kepada Telegraph.

Uwe Rosler berpendapat pula, sebenarnya beliau menerima penggunaan VAR itu tetapi tidak mahu permainan bola sepak terjejas. Menurutnya lagi, lebih baik permainan bola sepak itu cantik dan semula jadi biarpun ada kesilapan daripada pengadil.

Leicester bakal bertemu Peterborough dalam pusingan keempat Piala FA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN