Bunkface Tawar Penajaan Dari Segi Pemasaran Dan Penjenamaan Kepada Kuala Lumpur FA

Kumpulan band popular tanah air, Bunkface menawarkan penajaan bersama pendatang baharu Liga Super, Kuala Lumpur FA untuk membantu dari segi pemasaran dan penjenamaan.

Perkara itu diumumkan melalui laman facebook rasmi Bunkface yang mengharapkan dengan kerjasama ini dapat memeriahkan lagi industri bolasepak tanah air.

Mereka juga telah pun mengadakan Majlis penyerahan tawaran penajaan kepada En Nokman, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bagi musim 2018/2019.

Populariti dan pengaruh daripada seorang artis popular mungkin dapat menarik minat penyokong untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan mereka. Disamping itu, ia dapat meningkatkan jenama pasukan KLFA itu sendiri serta menarik penaja daripada syarikat korporat.

Jika kita lihat senario bola sepak di Malaysia, kebanyakan pasukan memerlukan bantuan pengaruh ahli politik untuk menarik tajaan syarikat korporat.

Malah kebanyakan syarikat tersebut tidak memerlukan pengiklanan dalam bola sepak pun sebenarnya untuk berkembang. Contohnya:Chengal Jati, Menteri Besar Incorporated, Aras Kuasa, Lembaga Air Perak, Sarawak Energy, dan Ladang Rakyat Terengganu.

Pada zaman sekarang, tekanan bagi sebuah kelab bola sepak untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan memaksa mereka untuk menguatkan jenama mereka.

Jenama dalam konteks ini adalah nama kelab mereka. Seperti contoh, Futbol Club Barcelona menjenamakan nama ‘FC Barcelona’ mereka. Fußball-Club Bayern München e.V. menjenamakan nama ‘FC Bayern Munich’ mereka. Associazione Calcio Milan pula menjenamakan nama ‘AC Milan’ mereka.

Manakala Johor Darul Ta’zim Football Club pula menjenamakan nama ‘JDT’ mereka.

David Aaker dalam bukunya Managing Brand Equity (1991) menulis terdapat 4 komponen untuk mengukuhkan jenama. Ia adalah:

  • Anggapan kualiti: merujuk kepada pendapat pengguna terhadap jenama
  • Kesedaran jenama: kebolehan pengguna mengingati nama jenama dalam industri yang kompetitif
  • Kesekutuan jenama: emosi pengguna tentang jenama (ini peringkat di mana pengguna bertukar menjadi penyokong jenama)
  • Kesetiaan jenama: kebolehan jenama untuk menarik pengguna dan mengekalkan penyokongnya

Untuk melaksanakan 4 komponen pengukuhan jenama di atas, kelab-kelab bola sepak biasanya akan melakukan 3 cara di bawah:

  • Memilih elemen jenama: nama, logo, warna, slogan, maskot, lagu dan sebagainya
  • Melaksanakan pemasaran: jualan tiket & barangan kelab, cawangan kedai kelab di lokasi strategik, promosi, media sosial, laman web
  • Mengeksploitasi hubungan: penggunaan jurucakap selebriti, membeli pemain bintang, menyeru sokongan pengguna dan penyokong

Dan kepada siapa usaha pemasaran ini dilakukan? Sudah tentulah kepada penyokong-penyokong kelab bola sepak seperti kita!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN