Bekas pemain import Selangor, Robert Cornthwaite kembali mewarnai saingan Liga Malaysia apabila disahkan menyertai pasukan Perak bagi menggantikan Thiago Aquino.
Pengendali skuad The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic bercakap kepada Berita Harian, pengambilan tonggak benteng dan kapten Western Sydney Wanderers FC yang beraksi dalam Liga Australia (A-League) telah pun dimuktamadkan.
Menurut Durakovic, beliau mencadangkan Cornthwaite kepada pengurusan The Bos Gaurus kerana mengetahui kemampuan bekas anak buahnya itu.
“Ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Kami memang memerlukan seorang pemain pertahanan berwibawa. Saya gembira dia sudi menyahut panggilan saya untuk datang ke Perak,” kata Durakovic.
Cornthwaite yang mempunyai ketinggian 1.95 meter itu bukan asing di negara ini kerana pernah menyarung jersi Selangor pada musim 2015-2016.
Cornthwaite akan mengetuai benteng Perak bersama selepas kontrak Thiago Aquino tidak diperbaharui. Dia akan bergandingan dengan Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim dan Idris Ahmad.
Import terbaru Perak TBG,
Robert Cornthwaite.1) Gilmar Filho (Brazil)
2) Leandro Dos Santos (Brazil)
3) Wander Luiz (Brazil)
4) Misagh Bahadoran (Filipina – ASEAN)
5) Robert Cornthwaite (Australia – Asia)Welcome @robcornthwaite ! 😊 pic.twitter.com/JPdlOfjJM4
— PTY (@PerakTheYob) January 15, 2018
“Sekarang Perak sudah lengkap. Kini fokus tertumpu untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi perlawanan pembukaan, 4 Februari ini,” katanya.
Pemain yang berusia 33 tahun itu menjadi import kelima selepas Perak menandatangani Gilmar Da Silva Filho, Leandro De Souza serta ketua pasukan Filipina, Misagh Medina Bahadoran dan pemain kelahiran Brazil, Wander Luiz Bitencourt Junior.