Liga Portugal digegarkan dengan berita venue perlawanan diantara FC Porto dan Estoril terpaksa dihentikan pada separuh masa pertama dan penyokong diarah meninggalkan tempat duduk selepas terdapat kesan keretakan yang menunjukkan tanda-tanda stadium dah nak runtuh.
Estoril mendahului 1-0 pada separuh masa pertama apabila pegawai keselamatan mengarahkan penonton di salah satu ruang di Stadium Antonio Coimbra da Mota meninggalkan tempat duduk masing-masing.
Menurut gambar yang dimuat naik di laman Twitter FC Porto, kesan retak yang agak teruk kelihatan di struktur di tempat duduk penonton.
As imagens que mostram a falta de condições de segurança no estádio do Estoril. Vê todas as fotos aqui ▶https://t.co/7xuu9mQTbr#FCPorto #GDEPFCP pic.twitter.com/qypmsnsZJq
— FC Porto (@FCPorto) January 16, 2018
“Perlawanan ditangguhkan selepas wujud masalah pada struktur di tempat duduk penonton di Stadium Antonio Coimbra da Mota,” menurut Porto menerusi Twitter.
Menurut laporan Sports TV yang menyiarkan perlawanan itu secara langsung, salah satu daripada tiang itu mempunyai keretakan sepanjang dua sentimeter. Malah, ada pengguna twitter mendakwa berlaku sedikit gempa bumi berdekatan Lisbon yang menjadi punca stadium jadi retak.
This is what had happend….or else its an alternative way of match fixing😂😂😂 pic.twitter.com/ondJkIAKaC
— Andy Christ (@Portias1886) January 15, 2018
Sebahagian peminat Porto dilihat melompat dari tempat duduk dan memasuki padang pada separuh masa pertama.
Juruacara stadium berkenaan kemudiannya mengumumkan perlawanan itu tidak akan disambung dan kelab Estoril berkata, babak kedua akan disambung pada hari yang akan ditentukan kelak.
Kelab Estoril mengeluarkan kenyataan rasmi mendakwa tahap keselamatan di stadium tidak mencapai piawaian yang ditetapkan bagi membolehkan perlawanan bola sepak berlangsung.
“Terdapat beberapa keretakan yang menghubungkan tiang utama di bahagian utara stadium telah menjadi teruk. Ia menyebabkan alarm berbunyi dan memaksa pihak penguatkuasa mengosongkan stadium untuk keselamatan penyokong.
Dangerous cracks in Estoril stadium led to evacuation of @FCPorto supporters, following earthquake earlier on Monday. https://t.co/s9KeeXeDJ8 pic.twitter.com/NzNAm67UId
— StadiumDB.com (@StadiumDB) January 16, 2018
“Dengan ini, kami ingin memaklumkan bahawa penyokong yang telah datang membeli tiket akan dibayar ganti rugi mengikut jenis tiket yang mereka beli,” kata kenyataan tersebut.
Laman web rasmi FC Porto turut mengesahkan perlawanan itu ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan.
“Perlawanan menentang Estoril yang dijadualkan isnin petang untuk perlawanan yang ke 18 Liga NOS Portugal, telah ditangguhkan kerana isu keselamatan.
“Tiada tarikh rasmi yang ditetapkan dan kami akan memaklumkan setelah mendapat persetujuan di antara dua pihak,” katanya.