TMJ Tak Setuju Selangor Guna SNBJ Sebagai Venue Rasmi

Hasrat pasukan Selangor untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai gelanggang rasmi The Red Giants untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan mungkin tidak akan jadi kenyataan apabila Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memaklumkan jadual perlawanan yang melibatkan pasukan Selangor sebagai tuan rumah mungkin terpaksa dipinda beberapa kali.

“Baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa pasukan Selangor ingin menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai ‘home venue’ untuk pertandingan Liga Malaysia.

“Bagaimanapun pihak pengurusan stadium juga telah mengesahkan bahawa empat dari enam perlawanan pertama sebagai tuan rumah perlu dipinda untuk memenuhi jadual acara yang akan dilangsungkan di stadium tersebut dan mungkin lebih banyak lagi pindaan jika pasukan bola sepak kebangsaan atau acara antarabangsa membuat permintaan untuk menggunakan stadium nasional tersebut,” kata DYAM Tunku Ismail seperti dipetik melalui laman facebook rasmi FAM.

“Kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan stadium dan FMLLP telah berusaha untuk bekerjasama bagi mengkaji perkara ini, tetapi adalah mustahil untuk memberi jaminan bahawa stadium tersebut tersedia sepanjang tahun.

“Jika terdapat perubahan jadual pertandingan berpunca dari isu ini sudah tentu FMLLP akan dipersalahkan dan kita tidak bergerak seiringan ke arah penjadualan yang lebih stabil seperti yang saya arahkan kepada pengurusan FMLLP.

“Kita mesti bergerak kehadapan jadi Selangor tidak boleh memberi alasan yang Stadium Selayang tidak boleh diguna pakai hanya disebabkan oleh lampu limpah yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan FMLLP,” jelasnya.

Tunku Ismail juga mengalakkan agar pengurusan Selangor melabur untuk perbaiki lampu limpah Stadium Selayang seperti mana pasukan PJ Rangers mengeluarkan wang sendiri untuk naiktaraf Stadium MBBJ.

“Adalah menjadi tanggungjawab pasukan Selangor untuk menaik taraf lampu limpah tersebut bagi mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh FMLLP agar boleh beraksi di waktu malam. Malah pasukan seperti PJ Rangers (AirAsia) sanggup melabur untuk stadium MBPJ demi memastikan gelanggang tersebut lebih sesuai.

“Apatah lagi bagi sebuah pasukan Liga Super seperti Selangor?,” katanya.

DYAM Tunku Ismail juga berusaha meningkatkan nilai pendapatan Liga Malaysia dan meminta semua pihak bekerjasama untuk memastikan jadual liga berjalan dengan lancar.

“Saya sedar akan terdapat kritikan kepada saya dan FMLLP kerana terlalu tegas dalam isu berkaitan peraturan pertandingan tetapi saya sedang cuba untuk menaikkan nilai dan meningkatkan pendapatan melalui hak penyiaran kepada semua pasukan dan memastikan kemajuan.

“Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Bukan hanya menikmati faedah dari kemajuan ini tetapi tidak mahu menyumbang,” tegasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN