Manchester City masih meneruskan perlawanan tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Ingeris setakat ini selepas 22 perlawanan. Perlawanan menentang Liverpool malam ini dilihat mampu mengugat rekod cemerlang itu.
Pengurus City, Pep Guardiola melihat perlawanan menentang Liverpool sebagai cabaran menyeronokkan buat pasukannya dengan menambah:
“Sudah tentu jika anda ingin mencapai sesuatu yang baik dan merangkul kejuaraan anda perlu memenangi perlawanan-perlawanan sebegini.
“Musim ini kami telah berupaya melakukannya namun kami masih perlu ke Anfield , ke Tottenham terdapat masih banyak perlawanan untuk dimainkan.
“Namun Liverpol adalah satu perlawanan penting, untuk menyedari kembali jika kami mampu melakukan perkara-perkara besar musim ini, di pentas penting, dalam Liga Juara-Juara.
“Untuk melihat diri kami sendiri, bila kami tiba di Basel di peringkat kalah mati bagaimana sikap kami? Kami telah lakukannya di Stamford Bridge, Old Trafford, dan kami akan lihat bagaimana kami akan lakukannya di Anfield Ahad ini.” katanya.
Guardiola menjangkakan Liverpool akan menyerang habis-habisan berdasarkan pengalamnnya lalu bertemu pasukan-pasukan di bawah kendalian Jurgen Klopp.
“Saya telah bertemu Jurgen semasa di Bayern Munich dan beliau sentiasa merupakan seorang yang cuba bermain menyerang dan tanpa takut.
“Mereka akan bermain di Anfield saya tidak menjangka satu pasukan akan menunggu melihat apa yang akan berlaku saya pasti dia akan cuba dan melakukan permainannya sendiri dan saya rasa ia akan menjanjikan perlawanan menarik.
“Diharap kami dapat lakukan lebih baik berbanding musim lalu. Itu sasaran kami, dan untuk tunjukkan semangat berani.
“Perlawanan sebegini menunjunkkan bagaimana mentaliti anda. Hidup akan diteruskan pada hari berikutnya, kami hanya perlu mencuba dan bermain permainan kami, bermain dengan personaliti dan cuba bermain siapa diri kami.”
Berdasarkan rekod, City hanya memenangi dua perlawanan dari 50 kunjungan di kesemua kejohanan di Anfield sejak tahun 1950an.
Kemenangan terakhir City dicatat pada Mei 2003 apabila Nicolas Anelksa menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1.
Liverpool turut mencatat prestasi memberangsangkan dengan tanpa kalah semenjak bulan Oktober musim ini dan memenangi tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris dan kemenangan derbi Merseyside ke atas Everton dalam pusingan ketiga Piala FA.
City telah menikmati rekod terbaik musim ini dan telah mengalahkan Liverpool 5-0 di Stadium Etihad pada September lalu.
Pasukan Pep Guardiola kini berada di puncak carta liga dengan jurang 15 mata dan masih belum kalah di kesemua perlawanan.