Perbadanan Stadium Darul Makmur Akan Pastikan Pahang Bermain Waktu Malam

3 hari lepas, Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengeluarkan jadual perlawanan Liga Malaysia membabitkan pasukan Liga Super dan Liga Premier.

Penyokong Pahang melahirkan rasa kecewa apabila pasukan kesayangan mereka dijadualkan bermain pada waktu petang kerana gelanggang rasmi skuad Tok Gajah dipercayai mengalami masalah lampu limpah.

Justeru itu, Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) memperuntukkan RM80,000 untuk menaik taraf tahap pencahayaan lampu limpah Stadium Darul Makmur.

Pengurus PSDM, Mohd Izzuddin Mohd Kenali bercakap kepada Berita Harian, kerja naik taraf lampu limpah sebenarnya sudah siap sepenuhnya bagi memastikan naib juara Liga Super 2017 dapat beraksi pada waktu malam.

Mereka kini hanya menunggu pengesahan daripada FMLLP untuk memberi kelulusan.

“Sebelum ini timbul salah faham kerana ketika FMLLP datang untuk membuat ujian pencahayaan, kerja pemasangan lampu limpah sedang dilaksanakan.

“Sebab itu pencahayaan yang ditetapkan tidak mencapai tahap dikehendaki, sekali gus jadual perlawanan membabitkan skuad Tok Gajah diputuskan pada waktu petang.

“Sebaik penambahbaikan lampu limpah dilaksanakan, ia kini mencapai bacaan 1,200 lux dan diyakini menepati syarat ditetapkan FLMMP,” katanya.

Wakil daripada FMLLP melakukan ujian pemeriksaan Lampu Limpah di Stadium Darul Makmur kelmarin. FOTO: Pahang FA

Sebelum ini, media tempatan melaporkan enam stadium ‘kantoi’ masih belum mencapai tahap piawaian pencahayaan lampu limpah seperti yang ditetapkan dalam manual Liga Malaysia (Liga M) 2017.

Hal ini disahkan oleh FMLLP yang mendapati beberapa stadium masih tidak boleh digunakan untuk perlawanan sebelah malam.

Menurut ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, laporan pemeriksaan awal sebelum ini sudah diberikan kepada pasukan berkenaan untuk segera melakukan penambahbaikan sebelum ujian kedua dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

“Apa yang sudah kita lakukan adalah laporan pemeriksaan venue dikongsikan bersama dengan pasukan. Kita melakukan pemeriksaan awal kerana jika (tahap) masih ada kekurangan, mereka ada masa untuk lakukan penambahbaikan.

“Setakat ini, ada enam stadium yang tidak melepasi tahap minimum yang ditetapkan. Kita beri masa kepada mereka lakukan apa yang sepatutnya dan pemeriksaan kedua akan dilakukan dalam tempoh terdekat ini,” katanya

Lampu Limpah

Menerusi satu kenyataan di laman facebook rasmi FMLLP, peraturan mengenai pencahayaan lampu limpah ini sebenarnya telah lama termaktub di dalam Manual Liga Malaysia 2013-2016 sewaktu Liga Malaysia di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan seterusnya peraturan tersebut telah diimplimentasi oleh Football Malaysia LLP (FMLLP) dari 2015-2017.

FMLLP juga turut menjelaskan tahap pencahayaan minima diubah secara berperingkat seperti berikut :

a. 1000 lux di semua 9 lokasi untuk musim 2013 dan 2014
b. 1200 lux di 9 lokasi untuk musim 2015 dan 2016
c. 1400 lux di 9 lokasi untuk musim 2017 dan seterusnya

Ini bermakna semua venue perlawanan perlu mencapai pencahayaan lampu limpah dengan keperluan minimum 1200 lux di semua 9 lokasi dan bagi venue yang tidak menepati bacaan minimum, perlawanan pasukan yang menggunakan venue berkenaan akan diadakan pada sebelah petang.

Berdasarkan jadual saingan Liga Super musim 2018, Pahang akan memulakan kempen Liga Super menentang pasukan Perak di Stadium Darul Makmur pada 4 Febuari depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN