Rekaan menarik bagi jersi pasukan bola sepak bukan sekadar dapat menarik perhatian sesiapa sahaja untuk memilikinya.
Malah anda tidak perlu mahir di dalam sukan bola sepak, atau meminati sukan tersebut semata-mata untuk memperagakannya dengan penuh bergaya.
Rekaan jersi pasukan yang menarik serta kombinasi warna yang sesuai juga dapat membuatkan ‘pakaian seragam’ ketika beraksi itu kelihatan eksklusif, mahal dan menjadi ‘khazanah’ bernilai buat sesebuah pasukan dan penyokong mereka.
Perkara ini dapat dibuktikan apabila jersi Kedah bagi musim 2017 yang pertama kali ditaja oleh Al Ikhsan sebagai contoh, berjaya menyerlahkan ciri-ciri jersi idaman bagi penyokong pasukan Lang Merah itu.
Menerusi satu undian dalam talian (online) yang dijalankan di fanpage Facebook Scoreboard ExtraTime, jersi Kedah unggul dengan menerima jumlah likes paling tinggi iaitu sebanyak 4,200.
Jumlah ini jauh meninggalkan jersi Kelantan yang menerima 3,300 likes di tempat kedua dan jersi pasukan Perak yang menerima 1,900 likes di tempat ketiga.
Para peminat Kedah seolah-olah mengiyakan keputusan tersebut apabila dilaporkan jersi ‘away’ pasukan Kedah (warna merah dan hijau) telah kehabisan stok hanya selepas 5 hari dijual di cawangan-cawangan Al Ikhsan di sekitar Kedah sahaja.
Manakala bagi jersi ‘home’ pula turut mendapat sambutan yang begitu hangat dalam kalangan penyokong mereka.
Bagi musim 2018 pula, belum semua pasukan memperkenalkan reka bentuk jersi rasmi pasukan Liga Super masing-masing.
Hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melancarkan jersi musim 2018 semalam, dan sehingga kini telah mengutip RM1.2 juta hasil penjualan jersi musim ini.
Ini membuktikan betapa penyokong bola sepak sentiasa mempunyai nilai sentimental terhadap jersi pasukan yang mereka sokong.
Para penyokong setiap pasukan juga sudah pasti tidak sabar melihat bagaimana rupa jersi pasukan kesayangan mereka bagi menghadapi Liga Malaysia 2018.
Semuanya BOLA baru-baru ini telah mendapat kiriman daripada seorang peminat bola sepak Malaysia yang telah mereka rekaan jersi bagi 12 pasukan yang bertanding dalam Liga Super musim ini.
Ia bukanlah jersi rasmi. Tetapi sekadar hasil kreatif pembaca kami. Siapa tahu, rekaan ini boleh dijadikan alternatif oleh pasukan yang bertanding di masa hadapan.
Mari kita saksikan rekaan-rekaan menarik yang dihasilkan tersebut:
Johor Darul Ta’zim (JDT)
Pahang
Kedah
Perak
Selangor
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC)
Melaka United
Kelantan
Kuala Lumpur
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC)
Negeri Sembilan
Terengganu FC
Nyatakan rekaan jersi yang anda rasakan menarik daripada 12 rekaan diatas! Kami mahu mendengar pendapat anda. Nyatakan pandangan anda di ruangan komen artikel ini.
Nota editor: Rekaan-rekaan jersi pasukan Liga Super ini telah dihasilkan oleh Shujiokishima yang merupakan seorang ‘brand director’ yang bertapak di Cyberjaya.
Foto featured image: Bernama (2018)