AC Milan Sahkan Tiada Kemasukan Pemain Baru Pada Jendela Perpindahan Ini

Pengarah Sukan AC Milan, Massimiliano Mirabelli menjelaskan bahawa kelab tersebut tidak akan membawa masuk pemain baru pada jendela perpindahan bulan Januari ini selepas begitu aktif pada musim panas yang lalu.

Mirabelli turut mengatakan tidak ada sebarang usaha membawa masuk pemain baru ketika ini walaupun AC Milan mempamerkan aksi yang kurang memberangsangkan dalam saingan liga untuk berada di tangga ke-11 selepas menamatkan 20 perlawanan.

The Rossoneri hanya mampu mencatatkan satu kemenangan dalam empat perlawanan terakhir dalam saingan Serie A. Kemenangan yang dicatatkan adalah ketika menewaskan Crotone 1-0 di laman seri pada 6 Januari yang lalu.

AC Milan
MILAN, ITALY – JANUARY 06: The players of the AC Milan celebrate a victory at the end of the serie A match between AC Milan and FC Crotone at Stadio Giuseppe Meazza on January 6, 2018 in Milan, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

Keadaan ini jelas mengecewakan kerana AC Milan dilihat berbelanja besar pada awal musim dengan membawa masuk beberapa pemain berkualiti seperti Leonardo Bonucci, Andre Silva, Hakan Calhanoglu dan ramai lagi.

Pembelian yang seolah-olah tidak berbaloi jika melihat kepada kedudukan yang dihuni AC Milan ketika ini.

”Saya sentiasa bekerja. Ianya sangat penting untuk sentiasa mengemaskini terhadap semua perkara,” kata Mirabelli kepada Gazzetta dello Sport

”Minggu ini saya akan ke Jerman bagi menyaksikan beberapa perlawanan tetapi kami tidak akan menandatangani pemain baru pada Januari ini.”

”Kami tidak akan melakukan apa-apa, saya akan ianya sebagai informasi rasmi. Terdapat beberapa perkara yang akan dikeluarkan tetapi ini akan menjadi perkara biasa.”

”Saya mahu bertanyakan kepada anda, selepas membawa masuk 11 orang pemain baru, adakah anda berfikir bahawa mengambil pemain ke-12 adalah perkara yang betul untuk dilakukan? Kami mempunyai kempen perpindahan yang baik pada musim panas tetapi saya tidak mempunyai nostalgia untuk itu.”

AC Milan
MILAN, ITALY – DECEMBER 13: Marco Ezio Fossati (R) of Hellas Verona FC competes for the ball with Andre Silva (L) of AC Milan during the Tim Cup match between AC Milan and Hellas Verona FC at Stadio Giuseppe Meazza on December 13, 2017 in Milan, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, terdapat juga beberapa pemain baru AC Milan yang memberikan impak berguna buat kelab Milan itu.

Namun, pemain seperti Andre Silva masih belum mencetak jaringan di Serie A sehinggakan beliau kini dikaitkan dengan Wolverhampton Wanderers.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN