Babak Filem Tiga Abdul Dan Urusan Jual Beli Pemain Hari Ini

Pernah daripada kalangan kita pernah menonton filem Tiga Abdul? Ya, filem ini diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Mengambil cogan kata ‘Cerita paling nakal daripada segala kenakalan yang pernah dinakal-nakalkan!’ telah dikatakan banyak memberi sindirian tajam kepada realiti masyarakat kita hari ini.

Kisah ini sudah ramai maklum bahawa ketamakan terhadap harta boleh menjejaskan hubungan sesama manusia. Atau bak kata bahasa pertuturan orang kita, ‘pasal duit orang pun boleh gaduh.’

Ini terbukti dengan sikap haloba Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang kurang bijak dan ditipu hidup-hidup oleh Sadiq Segaraga.

Sindir?

Baiklah, apa kata kita langkau ke babak di atas ini. Seorang saudagar unta bernama Husin Lempoyang dari Kaherah telah membeli Abdul Wahab dan Abdul Wahib di pasar Isketambola.

Ya, sebelum itu kedua beradik itu telah dijual kerana mengingkari perjanjian berat-dan-senget sebelah oleh Sadiq Segaraga.

P. Ramlee membawakan watak Abdul Wahub yang menyamar sebagai Jamal Pak Tongko. Abdul Wahub bertanyakan mengenai dua orang khadam merangkap tukang urut kepada Husin Lempoyang.

Jika dilihat dari konteks perpindahan pemain, Abdul Wahub seolah-olah membuat pertanyaan (inquiry) untuk mendapatkan pemain (Abdul Wahab dan Abdul Wahib).

Ya, dia ingin mendapatkan perkhidmatan sebagai hamba di rumahnya. Itu biasa berlaku dalam perpindahan pemain di mana pengarah sukan atau mana-mana pegawai yang berkaitan akan ‘merisik’ pasukan pemilik pemain.

Ia adab dalam jendela perpindahan. Kelab yang mahu membeli tidak boleh terus berhubung dengan pemain, kecuali mereka ejen bebas.

Naik harga

Jika diteliti, Abdul Wahub berhajat untuk membeli kedua orang khadam Husin Lempoyang itu. Malah, Abdul Wahub bertanyakan harga pembelian asal oleh tuan punya khadam itu.

Husin Lempoyang memaklumkan beliau membeli dengan harga 2000 pound. Abdul Wahub membeli khadam itu dengan harga 4,000 pound.

Sekali lagi, telahan P. Ramlee merentasi zaman dalam filem ini. Pertamanya, Abdul Wahub membeli khadam itu lebih tinggi daripada kos asal yang dibelanjakan oleh Husin Lempoyang. Keduanya, beliau menggunakan pound sterling sebagai matawang.

Jika difikirkan semula, kenapakah P. Ramlee tidak menggunakan mata wang dollar atau ringgit? Sebenarnya berita perpindahan pemain bola sepak sejak daripada dahulu lagi banyak menggunakan mata wang pound.

Ya, akhbar berbahasa Inggeris di Malaysia banyak menyiarkan laporan bola sepak daripada Britain pada ketika itu. Terutamanya akhbar Straits Times.

Denis Law. Sumber: Daily Star.

Pada tahun 1964, filem ini mula disiarkan kepada khalayak umum. Semasa filem ini menjengah pawagam, rekod perpindahan pemain di Britain pada ketika itu dipegang oleh Denis Law. Beliau berpindah dari Torino ke Manchester United dengan yuran sebanyak 115 ribu pound.

Tetapi rekod dunia pada ketika itu dipegang oleh Angelo Sormani yang berpindah dari Mantova ke Roma. Roma membayar kelab lama Angelo sebanyak 250 ribu pound.

Wow

Wow! Kata Husin Lempoyang.

‘Dunia-dunia, berniaga manusia lebih bagus daripada berniaga unta!’

Ayat di atas kami tak pengaruhi anda untuk melakukan pemerdagangan manusia secara haram. Ia menyalahi undang-undang global!

Tetapi, apa yang diungkapkan Husin Lempoyang ini seolah-oleh jual beli pemain ini menguntungkan pihak tertentu. Antaranya ialah agen bola sepak itu sendiri.

Anda mungkin sedia maklum bahawa betapa banyaknya hasil yang diraih oleh agen-agen bola sepak ini! Begitu juga dengan kelab-kelab yang melepaskan pemain dengan harga yang tertentu.

Penutup

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sumber: Penang Monthly.

Benarlah kata orang, filem P. Ramlee ini sering mengkritik masyarakat dalam karyanya. Bak kata pepatah, ‘pukul anak, sindir menantu.’

Sebelum itu, adakah anda ada filem tempatan yang seolah-olah menyindir masyarakat kita? Terutama dalam bab bola sepak negara?

Mungkin anda boleh kongsikan kepada kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN