Andre Villas-Boas Terpaksa Tarik Diri Daripada Rali Dakar

Pertamanya, anda jangan terfikir kami sudah berubah arah untuk melaporkan berita sukan perlumbaan motor. Namun, Andre Villas-Boas bukan orang pertama yang beralih angin daripada sukan bola sepak kepada sukan lain.

Semua maklum beliau menyertai Rali Dakar. Ya, Rali Dakar salah satu antara kejohanan berprestij dalam dunia sukan perlumbaan motor.

Andre Villas-Boas kali ini memandu Toyota Hilux. Perlumbaan beliau ini dibantu oleh Ruben Farina.

Debut 2018

Rali kali ke-40 ini melibatkan 14 peringkat. 3 negara menjadi hos bagi persaingan kali ini. Tiga negara menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini iaitu Peru, Bolivia dan Argentina.

Rali Dakar 2018 bermula sejak 6 Januari lalu dan dijangka berakhir pada 20 Januari.

Namun, Andre Villas-Boas terpaksa menarik diri kerana terlibat dalam kemalangan. Kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan.

Kenderaan yang dipandu oleh AVB. Sumber: Daily Mail & Getty Images.

Dipercayai kemalangan itu disebabkan beliau terlanggar sebuah bukit pasir. Beliau dilaporkan mengalami kecederaan di belakang.

Lantas, pihak pengurusan perlumbaan membawanya ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan. Pada ketika itu, para peserta sedang beraksi dalam peringkat keempat.

Peringkat keempat ini menyaksikan perlumbaan di sekitar bandar San Juan de Marcona di Peru.

Diraikan

Kenderaan yang dipandu oleh AVB. Sumber: Daily Mail dan Getty Images.

Akhirnya bekas pengurus Chelsea dan Tottenham Hotspur itu mengambil keputusan untuk menarik diri daripada perlumbaan. Sebelum menarik diri, beliau berada di kedudukan ke-43.

Pihak penganjur meraikan usaha beliau menjayakan perlumbaan ini. Sebenarnya, bapa saudara beliau pernah menjadi pelumba dalam kejohanan ini. Bapa saudaranya Pedro Villas-Boas pernah menjadi pelumba untuk Rali Dakar.

Satu perkara boleh dipuji ialah, beliau tidak membawa nama syarikat pada badan kereta dipandunya. Sebaliknya, beliau membawa nama beberapa badan kebajikan seperti Ace-Africa.

Di masa akan datang, kami berharap Andre Villas- Boas mampu berjaya dalam arena sukan baru diceburinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN