Ketika sesuatu perlawanan bola sepak sedang berlangsung, perkara utama yang sering menjadi kecaman dan tumpuan orang ramai adalah corak permainan atau skill di tengah padang, tetapi tidak di Arab Saudi. Hal ini kerana seorang pemain kelab Al Nojoom di Arab Saudi telah menjadi perhatian di media sosial kerana melakukan ‘dab’.
Gaya yang sedang tular terutamanya buat golongan remaja ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati oleh masyarakat sehinggakan beliau dikritik di media sosial.
Kejadian tersebut berlaku apabila pemain Al Nojoom itu melakukan aksi tersebut di bangku pemain simpanan dan kebetulan aksi itu dipaparkan kepada umum.
Kedengaran pengulas pada perlawanan itu menyebut perkataan ”tidak, tidak, tidak,” seolah-olah beliau tidak mengerti mengapa pemain terbabit memilih untuk melakukan gaya itu berbanding membalas ‘high five’ dari rakan sepasukannya.
👀#الوحدة_النجوم #دوري_بلس pic.twitter.com/niD2b8ncC9
— دوري بلس (@dawriplusksa) January 3, 2018
Apa yang membuatkan beliau dikecam?
Rupanya gaya ‘dab’ yang kian popular ini amat dilarang keras (diharamkan) oleh Kerajaan Arab Saudi dan menjadi perkara yang sensetif kerana ianya dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.
Pemain itu mungkin akan menghadapi masalah kerana pada bulan Ogos 2017, seorang penyanyi popular tempatan telah diberkas kerana melakukan perkara yang sama (dab) ketika konsertnya di Taif, Arab Saudi.
Poster di atas ini merupakan terbitan kementerian di sana yang merujuk kepada peringatan mengenai bahaya tentang perlakuan gaya ‘dab’ ini kepada belia dan masyarakat Arab Saudi serta amaran kepada sesiapa yang melakukannya.
Berikutan gaya ‘dab’ yang dilakukan pemain kelab tersebut, pelbagai reaksi diterima dan terdapat kecaman, ada juga yang ‘mention’ kepada Jabatan Narkotik meminta supaya tindakan diberikan dan tidak terkecuali ada juga yang menganggap ianya sebagai perkara biasa.
مكافحه المخدرات تحارب هذه الحركه. انت لاعب محترف فلماذا تفعل هذه الحركه. البايخه.
— العنزي ابو نايف. (@7T8DEY56bS6GWM4) January 3, 2018
@Mokafha_SA لكم مع التحيه
— #البلوقر_كمال (@kemo5566) January 3, 2018
مافيها شي لزم تعقدون كل شي فيه احتفاليه فرح ماهي اشوف فيها الشي اللي مكبرين انتم
— Abu Turki . (@sh_s41) January 3, 2018
Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini adalah walaupun sedang bergembira, jangan lupa kepada undang-undang walaupun niat anda hanyalah untuk bergurau apatah lagi pemain bola sepak adalah individu yang sentiasa menjadi perhatian umum.
Kredit foto: Dawri Plus KSA