Masih Ada Stadium Yang Belum Lulus Ujian Pencahayaan Lampu Limpah

Laporan akhbar tempatan, Harian Metro melaporkan enam stadium ‘kantoi’ masih belum mencapai tahap piawaian pencahayaan lampu limpah seperti yang ditetapkan dalam manual Liga Malaysia (Liga M) 2017.

Hali ini disahkan oleh badan pengendali liga, Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) yang mendapati beberapa stadium masih tidak boleh digunakan untuk perlawanan sebelah malam.

Menurut ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalinga, laporan pemeriksaan awal sebelum ini sudah diberikan kepada pasukan berkenaan untuk segera melakukan penambahbaikan sebelum ujian kedua dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

“Apa yang sudah kita lakukan adalah laporan pemeriksaan venue dikongsikan bersama dengan pasukan. Kita melakukan pemeriksaan awal kerana jika (tahap) masih ada kekurangan, mereka ada masa untuk lakukan penambahbaikan.

“Setakat ini, ada enam stadium yang tidak melepasi tahap minimum yang ditetapkan. Kita beri masa kepada mereka lakukan apa yang sepatutnya dan pemeriksaan kedua akan dilakukan dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Kevin berkata pemeriksaan kali pertama sedikit tergendala kerana ada dua atau tiga pasukan yang belum mengesahkan venue yang bakal digunakan musim depan.

“Bukan semua (pemeriksaan) sudah dilakukan kerana masih ada dua atau tiga pasukan yang belum beri kepastian stadium mana yang mereka akan pakai. Ini yang menyebabkan pemeriksaan sedikit tertangguh,” katanya.

Minggu lepas FMLLP mengingatkan setiap pasukan Liga Malaysia supaya memastikan tahap pencapaian lampu limpah di venue yang dipilih menepati piawaian yang ditetapkan.

Menerusi satu kenyataan badan pengendali liga dilaman facebook rasmi mereka, peraturan mengenai pencahayaan lampu limpah ini sebenarnya telah lama termaktub di dalam Manual Liga Malaysia 2013-2016 sewaktu Liga Malaysia di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan seterusnya peraturan tersebut telah diimplimentasi oleh Football Malaysia LLP(FMLLP) dari 2015-2017.

Ia bermakna peraturan ini sudah lama dipraktikkan sejak empat tahun yang lalu.

“Pencahayaan lampu limpah merupakan elemen yang penting untuk sesuatu perlawanan terutamanya bagi tujuan penyiaran.

“Selain itu ia turut meningkatkan visibiliti para pemain dan Pegawai Perlawanan di atas padang termasuk memberi impak kepada penyokong di stadium dan penonton yang menyaksikan perlawanan siaran langsung di kaca TV,” kata kenyataan itu.

FMLLP juga turut menjelaskan tahap pencahayaan minima diubah secara berperingkat seperti berikut :

a. 1000 lux di semua 9 lokasi untuk musim 2013 dan 2014
b. 1200 lux di 9 lokasi untuk musim 2015 dan 2016
c. 1400 lux di 9 lokasi untuk musim 2017 dan seterusnya

Ini bermakna semua venue perlawanan perlu mencapai pencahayaan lampu limpah dengan keperluan minimum 1200 lux di semua 9 lokasi dan bagi venue yang tidak menepati bacaan minimum, perlawanan pasukan yang menggunakan venue berkenaan akan diadakan pada sebelah petang.

“Tahap pencahayaan lampu limpah jika mengikut kepada pelan perancangan bagi tahun 2017, berjumlah 1400 lux bagi 9 lokasi. Namun begitu, FMLLP masih lagi mengekalkan bacaan 1200 lux sehingga 2018.,” jelas mereka.

Jika tahap pencahayaan tidak mengikut piawai, FMLLP boleh mengarahkan stadium atau padang berkaitan bermain pada sebelah petang dan memperbaiki tahap pencahayaan lampu limpah sehingga diperiksa dan diluluskan oleh FMLLP

Ini mungkin salah satu sebab kenapa jadual perlawanan Liga Malaysia musim ini masih belum dikeluarkan kerana masih ada beberapa stadium yang tidak melepasi syarat tahap pencahayaan lampu limpah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN