Jadikan Kejohanan AFC B23 Sebagai Pentas Untuk Pikat Pencari Bakat

Hanya tinggal lebih kurang seminggu sebelum Kejohanan AFC B-23 2018 di Jiangsu, China akan membuka tirainya.

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun bimbingan Datuk Ong Kim Swee perlu memanfaatkan peluang ini untuk memikat pencari bakat dari kelab luar negara yang dijangka akan ‘berkampung’ di China.

Anak buah Ong Kim Swee itu akan memulakan aksi dalam perlawanan pertama kejohanan AFC B-23 menentang pasukan Iraq pada 10 Januari ini.

Melalui kejohanan ini, kita akan melihat sejauh mana kemampuan pemain muda Malaysia berdepan dengan cabaran fizikal daripada pasukan Asia Barat dan seterusnya menyinar untuk kejohanan kali ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa berkata kepada Berita Harian, beliau mengharapkan pemain bawah 23 tahun negara dapat mempamerkan prestasi terbaik sekali gus membuka peluang untuk dipancing oleh kelab dari luar negara.

“Mungkin mereka tidak sanggup dan lihat kepada jangka pendek, bukannya mencari kejuaraan di peringkat Asia. Ia lebih kepada mentaliti.

“Masalah untuk mereka keluar jika di sini pun mereka sudah dapat gaji besar. Ini yang menjadikan mereka tidak mahu pergi dan berasa selesa kekal di Malaysia.

“Kecuali skuad B-23 dapat keputusan baik, mungkin ada kelab boleh tawar gaji lebih besar,” katanya.

Sebelum ini media tempatan melaporkan pemain tempatan terpaksa menolak tawaran beraksi di liga Thailand kerana tawaran gaji yang kurang lumayan berbanding dengan apa yang mereka terima di Malaysia.

Sesi latihan skuad B-23 di China. Foto: Facebook FAM.

Difahamkan gaji ditawarkan kelab Thailand kepada beberapa pemain Malaysia antara USD3,000 (RM12,000) hingga USD5,000 (RM20,000) sebulan.

Mohad Sadek menjelaskan aspek penjenamaan karier profesional dan keinginan untuk mematangkan diri seharusnya jadi penilaian utama buat pemain negara menerima tawaran beraksi di Liga Thailand.

“Kalau untuk penjenamaan diri sebagai profesional dan nak nampak impak besar, mereka patut ambil walaupun gaji kecil. Mungkin dalam tempoh setahun dua, mereka akan berdepan kesukaran.

“Soal cabaran sosial, pemakanan dan persekitaran, saya tidak rasa ia satu masalah kerana Thailand bukannya seperti Jepun yang jauh beza dengan negara kita.

“Tahap kompetitif di sana (Thailand) lebih tinggi berbanding di Malaysia. Namun mentaliti kita sudah terlalu selesa,” katanya kepada Berita Harian.

Dalam saingan AFC B-23, selain Malaysia, Asia Tenggara turut diwakili oleh Thailand, Vietnam dan Australia. Thailand dan Vietnam yang membuat penampilan kedua, sementara Australia telah beraksi tiga edisi di kejohanan ini.

Thailand dan Vietnam pada edisi 2016 yang lalu tersekat di peringkat kumpulan, sementara Australia pernah melangkah sejauh peringkat suku akhir iaitu pada edisi 2013.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan C bersama-sama tiga negara Asia Barat iaitu Iraq, Jordan dan Arab Saudi. Berdasarkan rekod, ketiga-tiga negara itu memiliki sejarah yang sangat baik di dalam kejohanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN