Selepas Kecewa Kali Pertama, Chelsea Semakin Hampir Dapatkan Khidmat Ross Barkley

Ross Barkley

Chelsea kembali melakukan rundingan bagi mendapatkan khidmat pemain tengah Everton, Ross Barkley dan dilaporkan semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan pemain antarabangsa England itu.

Ketika jendela perpindahan musim panas yang lalu, Chelsea semakin hampir untuk membawa Barkley ke Stamford Bridge, namun usaha tersebut menemui jalan buntu pada saat-saat akhir.

Pemain berusia 24 tahun itu kini sudah kembali menjalani latihan bersama pasukan selepas pulih daripada kecederaan hamstring.

Kontrak beliau akan tamat pada hujung musim ini dan Barkley juga tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa beliau akan menandatangani kontrak baru.

Keadaan itu membuatkan Everton terpaksa menjual beliau, sekurang-kurangnya kelab Merseyside itu mendapat bajet dari perpindahannya berbanding tidak mendapat apa-apa daripada Barkley jika meninggalkan pasukan secara percuma pada musim hadapan.

Satu perkara yang pasti akan merugikan Everton, ditambah dengan kualiti yang dimiliki Ross Barkley.

Walaupun belum pernah beraksi pada musim ini, Ross Barkley dilihat bakal menjadi pemain pertama yang akan direkrut oleh Antonio Conte. Chelsea dikhabarkan akan berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini.

Ross Barkley
LIVERPOOL, ENGLAND – MAY 12: Valon Behrami of Watford and Ross Barkley of Everton battle for possession during the Premier League match between Everton and Watford at Goodison Park on May 12, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Menurut The Telegraph, Chelsea semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan yang bernilai  £15 juta. Separuh daripada harga yang diletakkan kelab dari Barat London itu pada musim panas yang lalu.

Antonio Conte mendedahkan bahawa skuad bimbingannya berhasrat untuk menambah kekuatan untuk memberikan banyak pilihan pemain bagi menamatkan saingan di kedudukan yang terbaik.

”Sudah pasti, kelab ini akan cuba yang terbaik pada jendela perpindahan untuk meningkatkan kualiti pasukan,” ujar Conte.

”Saya adalah pengurus, saya perlu bekerja dengan para pemain dan tugasan saya adalah di atas padang. Jendela perpindahan ini adalah untuk kelab dan mereka perlu memikirkannya jika mereka mahu mempertingkatkan kualiti skuad saya ini.”

Conte turut menegaskan bahawa tiada pemain yang akan dijual dan dipinjamkan sehingga mereka mendapatkan pengganti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN