Real Madrid bukanlah sebuah pasukan seperti Arsenal yang mampu untuk bertahan dengan seorang jurulatih walau apa jua keputusan yang dicatatkan sama ada baik mahupun buruk. Keadaan itu membuatkan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane sedar akan impak yang bakal dihadapinya kelak.
Zidane mengakui bahawa beliau tidak pasti mengenai masa depannya di Real Madrid dan menyifatkan ‘anda tidak akan pernah tahu’ apa yang akan terjadi di Santiago Bernabeu.
Real Madrid dilihat mempunyai rekod dalam menyingkirkan pengurus mereka tanpa berfikir panjang, dengan Jose Mourinho dan Carlo Ancelotti menjadi diantara pengurus yang menerima nasib sedemikian.
Dan keadaan itu seperti bakal terjadi lagi selepas Madrid kelihatan semakin sukar untuk mencabar kejuaraan La Liga daripada Barcelona. Real Madrid ketinggalanan 14 mata namun mereka mempunyai kelebihan satu perlawanan kerana beraksi dalam Piala Kelab Dunia tempohari.
Madrid masih berpeluang untuk bersaing bagi merebut kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan Copa Del Rey
Ketika ditanya berapa lama tempoh yang beliau mahukan untuk membimbing Real Madrid, Zidane berkata: ”Ianya menyedihkan tetapi disini anda tidak akan pernah tahu.”
”Saya akan mencuba untuk menamatkan musim ini dengan baik kerana kami mempunyai banyak kemungkinan untuk memenangi sesuatu lagi dan itu sememangnya memberikan motivasi buat saya dan juga pasukan.”
Real Madrid dan Zinedine Zidane kini terpaksa melupakan khidmat penyerang, Karim Benzema yang mengalami kecederaan pada bulan lepas dan penyerang dari Perancis itu dijangka akan terlepas 3 minggu aksi selepas mengalami masalah hamstring.
Dengan masalah yang dihadapi itu, Zidane bersifat terbuka untuk mendapatkan pemain pada jendela perpindahan ini.
”Kami boleh mendapatkan pemain baru sehingga 31 Januari, kemungkinan itu ada dan segalanya boleh terjadi. Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini dan perkara yang paling penting buat saya adalah saya gembira dengan skuad yang dimiliki, dan apa sahaja yang terjadi sama ada baik atau teruk, saya yang mebina skuad ini dan saya bertanggungjawab keatasnya.”
”Saya mengambil tanggungjawab untuk pilihan dan untuk segalanya yang saya sudah lakukan, saya tidak akan menyalahkan sesiapa sekiranya ianya tidak berjalan dengan lancar, seperti yang berlaku dalam beberapa perlawanan.”