SPRM Sahkan Tiada Rasuah Dalam Penjualan Tiket Final Piala Malaysia 2017

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiadanya unsur rasuah pada penjualan tiket final Piala Malaysia 2017 oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Pengesahan ini sekaligus membersihkan imej pengurusan KFA dan menunjukkan tiada apa yang KFA sembunyikan daripada mana-mana pihak malah kerjasama penuh diberikan semasa siasatan SPRM dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar berharap peminat akan terus memberi ruang kepada KFA untuk meneruskan kerja terutamanya persiapan menghadapi musim baharu 2018.

“Alhamdulillah siasatan selesai. Terima kasih SPRM keluarkan kenyataan. Terima kasih pihak yang melaporkan, jika tiada laporan maka akan berterusan persepsi negatif yang timbul terutama kepada pengurusan jualan tiket.

Beberapa penambahbaikan berhubung penjualan tiket telah dirancang dan kertas cadangannya telah siap. Pengumumannya yang pasti menggembirakan peminat terutamanya peminat setia akan diumumkan kelak,” katanya kepada Sinar Harian.

Bulan November lalu, ratusan penyokong Kedah tidak berpuas hati apabila 10,000 tiket final Piala Malaysia 2017 diperuntukan buat penyokong itu yang dijual di kaunter tiket Stadium Darul Aman habis dalam tempoh tidak sampai satu jam.

Gambar kredit: Kedah FA

Disebabkan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Shaharol Niza, penyokong telah membuat 5 laporan polis termasuk laporan SPRM dan mendakwa berlaku penyelewengan dalam penjualan tiket tersebut.

Difahamkan kesilapan tanggapan mengenai jumlah sebenar tiket final Piala Malaysia yang dijual di kaunter menyebabkan berlakunya kekecohan apabila tiket habis dijual tidak sampai sejam.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shaharol Niza Omar menjelaskan daripada keseluruhan 30,000 tiket yang diperuntukkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), hampir 10,000 tiket sahaja dibawa untuk dijual di kaunter kepada penyokong skuad Helang Merah.

Katanya, selebihnya sudah diperuntukkan kepada tempahan secara berkumpulan membabitkan lebih 400 bas dengan Shaharol mengesahkan semua tiket perlawanan sememangnya untuk penyokong Kedah sahaja.

Selain itu, Pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak Kedah, Wan Shazwan melahirkan kekecewaan beliau dengan kegagalan KFA menguruskan pembahagian tiket hingga mengakibatkan berlakunya beberapa insiden kekecohan di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah, hari ini.

“Selepas tiga tahun berturut-turut pasukan Kedah mara ke pentas final Piala Malaysia serta Piala FA musim ini, sepatutnya KFA sudah tahu atau belajar bagaimana untuk memastikan penjualan tiket berjalan lancar dan bersistematik.

“Tapi nampaknya, KFA seperti tidak berubah. Malah, kali ini dilihat lebih buruk hingga ada yang bergaduh dan merosakkan kemudahan di stadium,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN