AC Milan Terus Dirundung Malang, Tewas Berdepan Atalanta Di Laman Sendiri

AC Milan

Kelab berbelanja besar pada jendela perpindahan yang lalu, AC Milan terus dipalit kedukaan apabila kecundang di laman sendiri keatas Atalanta 2-0 dalam saingan Serie A.

Kekalahan di San Siro itu merupakan kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan liga buat Gennaro Ivan Gattuso yang mengambil alih tugasan yang ditinggalkan Vincenzo Montella pada 27 November lalu.

Gattuso yang sudah mengendalikan empat perlawanan liga buat AC Milan hanya mampu menikmati satu kemenangan, satu seri dan 2 kekalahan setakat ini.

MILAN, ITALY – DECEMBER 23: Josip Ilicic (R) of Atalanta BC scores his goal during the serie A match between AC Milan and Atalanta BC at Stadio Giuseppe Meazza on December 23, 2017 in Milan, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

Pencapaian hambar tersebut meletakkan skuad Rossoneri berada ditangga ke-11 liga dan menyaksikan peluang untuk beraksi sekurang-kurangnya dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Eropah semakin sukar untuk direalisasikan.

AC Milan terlebih dahulu mengancam kubu Atalanta, namun jaringan yang dihasilkan pada minit ke-13 terpaksa dibatalkan selepas dirujuk menerusi Video Assistant Referee (VAR) akibat percubaan yang dilakukan oleh Patrick Cutrone terlebih dahulu terkena tangan beliau.

Jaringan pembukaan perlawanan terhasil pada minit ke-32 berpunca daripada sepakan percuma dan bekas pemain AC Milan, Bryan Christante menyudahkan peluang hasil keadaan kelam kabut dihadapan gol untuk menewaskan Gianluigi Donnarumma.

Pemain antarabangsa Slovenia, Josip Ilicic menambah kedukaan buat tuan rumah apabila beliau yang tidak dikawal pertahanan AC Milan dengan tenang menolak masuk hantaran lintang yang dilakukan Leonardo Spinazzola untuk mengesahkan kemenangan 2-0 memihak Atalanta.

MILAN, ITALY – DECEMBER 23: Bryan Cristante (4nd R) of Atalanta BC celebrates with his team-mates after scoring the opening goal during the serie A match between AC Milan and Atalanta BC at Stadio Giuseppe Meazza on December 23, 2017 in Milan, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

Dengan rentetan kekalahan ini, Gennaro Gattuso perlu memikirkan mekanisma terbaik yang perlu diadunkan oleh beliau dalam mengatasi masalah persembahan kurang konsisten yang ditampilkan anak buahnya walaupun kelab sudah berbelanja besar.

AC Milan akan berkunjung ke Stadium Artemio Franchi bagi berdepan Fiorentina pada perlawanan Serie A minggu hadapan.

Sementara itu kemenangan yang dicipta Atalanta ke atas AC Milan menyalakan harapan kelab tersebut untuk terus bersaing dalam saingan Eropah musim hadapan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN