Arsene Wenger: “Lawan Liverpool Anda Perlukan 4 Atau 5 Pemain Pertahanan”

Pengendali Arsenal, Arsene Wenger mengakui jentera serangan Liverpool sukar diseka. Beliau turut memuji aksi anak buahnya selepas meraih keputusan seri, 3-3 dengan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi tadi.

The Gunners bangkit di babak kedua selepas ketinggalan kepada lawannya itu yang mempamerkan corak permainan serangan pada perlawanan amat mendebarkan buat penyokong bola sepak di seluruh dunia itu.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp, The Reds menurunkan barisan serangan terkuatnya dengan corak permainan yang bertukar-tukar.

Tiga serangkai Liverpool iaitu Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino merupakan pola tiga penyerang yang sering digunakan Klopp sepanjang musim ini selain kreativiti pemain tengah Philippe Coutinho.

Coutinho dan Salah pada awalnya meletakkan Liverpool di hadapan, namun tiga gol dalam tempoh lima minit di babak kedua menerusi Alexis Sanchez, Granit Xhaka dan Mesut Ozil, dianggap sesuatu yang luar biasa.

Roberto Firmino berjaya meledak gol penyamaan bagi menjamin satu mata berharga buat Liverpool.

Roberto Firmino menjaringkan gol penyamaan untuk memastikan Liverpool pulang dengan 1 mata yang berharga. Foto: Liverpool FC

“Saya akui bahawa Liverpool bagus ketika menyerang, jadi anda perlukan penampilan pertahanan yang bagus.

“Barisan serangan Liverpool selalu bertukar-tukar. Mereka memiliki ramai pemain penyerang,” kata Wenger.

“Saya rasa untuk menentang Liverpool, kita perlu bermain dengan empat atau lima pertahanan,” katanya.

Perlawanan di Stadium Emirates itu juga secara tidak langsung memberi bayangan kepada kerapuhan pertahanan kedua-dua pasukan, namun Wenger menegaskan yang dia gembira kerana menjadi sebahagian daripada perlawanan yang tidak dapat dilupakan itu.

“Ia satu perlawanan yang mendebarkan. Saya kecewa kerana tidak dapat meraih kemenangan tetapi itu adalah jenis permainan yang kamu mahukan dalam Liga Perdana Inggeris.

“Lebih-lebih lagi kepada yang meminati bola sepak, pujian harus diberikan kepada tindakan kreatif. Sekiranya tidak ada percubaan jaringan, pertahanan akan tampak baik tetapi ia bukanlah sesuatu yang peminat mahu lihat.” jelasnya.

Wenger dalam pada itu mengakui yang Arsenal jelas hambar pada babak pertama namun dia kagum dengan corak kebangkitan dipamerkan pada baki separuh masa selepas itu.

“Kami bermain dengan kebimbangan dan tidak berada di tahap sebenar pada babak pertama. Mungkin apabila kamu mahu bersedia untuk satu perlawanan, kamu inginkan pemain bersedia tetapi kamu membuatkan lawan terlalu dihormati,” kata Wenger.

“Pada babak kedua, kami bermain di tahap sebenarnya. Secara keseluruhannya, perkara positif yang dilakukan ialah kami tidak menyerah kalah.

“Semangat jelas luar biasa. Disebabkan itu, saya berbangga dengan pemain. Ia menunjukkan mentaliti yang kuat. Kami mempunyai kebolehan untuk melakukan tindak balas.

“Apa yang dimahukan daripada pasukan ialah kesedaran di mana kami harus memulakan permainan daripada minit pertama lagi.” – AFP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN