Dennis Bergkamp Dipecat Bekas Rakan Sepasukan Ketika Di Arsenal, Marc Overmars

Marc Overmars

Ajax Amsterdam telah melakukan keputusan drastik terhadap barisan kejurulatihan pasukan apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Edwin Van Der Sar dan Pengarah Bola Sepak, Marc Overmars menyingkirkan ketua jurulatih, Marcel Keizer.

Lebih mengejutkan apabila pembantu Keizer, Hennie Spijkerman dan bekas rakan sepasukan Overmars di Arsenal iaitu Dennis Bergkamp turut menjadi mangsa keputusan tersebut.

Keputusan mengejut ini dibuat selepas kedua-dua legenda yang memegang tampuk tertinggi dalam kelab itu melakukan perbincangan yang panjang berkenaan pertukaran barisan kejurulatihan yang ingin dilakukan termasuk Bergkamp.

Berita tersebut disahkan selepas Ajax tewas ditangan FC Twente pada perlawanan Piala KNVB.

Bergkamp, Keizer dan Spijkerman kini sedang membincangkan penyelesaian kontrak selepas tidak lagi mendapat keyakinan yang cukup dalam kepimpinan mereka membimbing pasukan.

EINDHOVEN, NETHERLANDS – APRIL 14: Marc Overmars (L) and Edwin van der Sar (R) speak prior to the Eredivisie match between PSV Eindhoven and Ajax Amsterdam at Philips Stadion on April 14, 2013 in Eindhoven, Netherlands. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Perkara itu sudah pasti memberikan tamparan kepada banyak pihak kerana Ajax kini menghuni tangga kedua saingan liga domestik. Ketinggalan lima mata dibelakang PSV Eindhoven.

Edwin Van Der Sar jelas mempunyai alasan tersendiri untuk menguatkan hujah mengenai keputusan yang telah dibuat oleh beliau dan Overmars.

”Kami mempunyai musim panas yang tidak baik dan permulaan yang buruk untuk musim ini,” kata bekas penjaga gol yang menyinar bersama Manchester United itu.

”Dari sudut pandang sukan, tersingkir pada kelayakan Liga Juara-Juara Eropah merupakan satu perkara yang berada di prestasi yang rendah.”

”Marc Overmars dan saya telah beberapa kali berbincang dalam beberapa bulan ini mengenai ketidakstabilan pasukan utama Ajax. Kami tidak yakin yang kami mampu mengecapi tahap dimana kami berusaha untuk Ajax dengan cara begini.”

Berkenaan pemecatan Bergkamp pula turut dinyatakan bahawa  perbezaan pendapat dengan Overmars mengenai dasar teknikal yang dilaksanakan menyebabkan perkara tersebut berlaku.

Selain daripada gagal melayakkan diri ke saingan utama Liga Juara-Juara Eropah dan tersingkir di Piala KNVB, Ajax juga tidak berupaya untuk mara ke saingan Piala Europa selepas kecundang ditangan wakil dari Norway, Rosenberg BK.

Ajax kini akan dibimbing sementara oleh Micheal Reiziger yang dibantu oleh Winston Bogarde. Cabaran pertama buat duo ini adalah bertemu Willem II di laman sendiri.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN