Sandro Wagner Bakal Kembali Ke Bayern Munich Januari Ini Dengan Nilai €13 Juta

Sandro Wagner

Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich memperkuatkan jentera serangan pasukan apabila berjaya melengkapkan perpindahan penyerang Hoffenheim, Sandro Wagner ke kelab tersebut dengan nilai €13 juta.

Perpindahan yang boleh diumpamakan sebagai sirih pulang ke gagang ini telah diumumkan oleh laman web rasmi Bayern Munich.

Sandro Wagner yang juga merupakan kelahiran Munich pernah beraksi bersama kelab Bavaria itu pada musim 2007/08 sebelum mengambil keputusan untuk mengembangkan kariernya ke MSV Duisburg.

Pengerusi kelab, Karl-Heinz Rummenigge telah mengumumkan bahawa Sandro telah memeterai perjanjian kontrak selama dua tahun setengah berkuatkuasa 1 Januari 2018 sehingga Jun 2020.

Bayern Munich juga dilaporkan bersetuju dengan nilai €13 juta buat pemain yang dikesan bakatnya di akademi kelab tersebut.

Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic mengulas mengenai perpindahan penyerang antarabangsa Jerman itu dan berkata: ”Dengan kemasukan Sandro Wagner ke dalam kelab ini, ianya menambah bilangan pemain antarabangsa Jerman di Bayern Munich.”

”Saya yakin Sandro Wagner akan terus meningkatkan kualiti kelab ini dengan kelas dan pengalaman yang beliau miliki.”

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 02: Sandro Wagner of Germany lifts the FIFA Confederations Cup trophy after the FIFA Confederations Cup Russia 2017 Final between Chile and Germany at Saint Petersburg Stadium on July 2, 2017 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Buda Mendes/Getty Images)

Pemain berusia 30 tahun itu merupakan salah seorang dari pemain skuad Jerman ketika menjuarai Piala Konfederasi pada bulan Jun yang lalu dan telah menghasilkan empat gol dalam 11 penampilan bersama Hoffenheim dalam saingan Bundesliga musim ini.

Selepas meninggalkan Bayern Munich untuk ke MSV Duisburg pada tahun 2008, Sandro Wagner turut pernah beraksi bersama Werder Bremen, Kaiserslautern, Hertha Berlin dan Darmstadt sebelum menyertai Hoffenheim pada tahun 2016.

Sandro ternyata begitu gembira dengan perpindahan terbarunya itu.

”Saya sangat gembira. Perjalanan yang panjang (selepas meninggalkan Bayern) sudah berakhir dan saya boleh kembali ke rumah saya, kelab saya.”

”Saya sangat gembira dengan tawaran ini. Bayern adalah kelab terbaik di Jerman dan salah satu yang terbaik di dunia. Apabila saya mendapat tawaran tersebut, saya tidak perlu berfikir panjang mengenainya.”

Beliau diberikan jersi bernombor dua akan menyertai kelab tersebut dalam kem latihan di Qatar pada 2 Januari.

Sandro dijangka akan melakukan penampilan sulung bersama kelab pada perlawanan bertemu Bayer Leverkusen, 10 hari selepas beliau menyertai kelab baharunya itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN