Pemain dari Argentina, Nicolas Velez sah akan meninggalkan kelab liga utama Thailand, Suphanburi FC untuk menyertai pasukan Liga Super yang baru dinaikkan iaitu Negeri Sembilan menurut kenyataan rasmi dari laman facebook Nicolas Velez.
Argentinian Nicolas Velez has announced yesterday on his Facebook page that he will play for Negeri Sembilan next season, joining from Thai club Suphanburi pic.twitter.com/YQMysvllRX
— Azri (Hopes Everything Is Going To Be Ok) 🇲🇾🏴 (@MrAzriFirman) December 13, 2017
Velez memulakan kerjaya bolasepaknya dengan akademi River Plate dan kemudian menyertai pasukan rival kelab itu, CA Huracan.
Walaubagaimanapun, beliau jarang dapat tempat dalam skuad itu dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Sepanyol menyertai kelab Atletico Sanluqueno CF pada tahun 2013.
Pemain berusia 27 tahun ini kemudiannya mencari angin baru di asia tenggara dengan menyertai kelab liga singapore, Warriors FC pada tahun 2014.
Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dengan kelab dari India, North East United dan seterusnya menyertai kelab Thailand, Suphanburi FC.
Velez telah menjaringkan 13 gol dalam 28 penampilan ketika beraksi dalam saingan Liga Utama Thailand musim ini.
Selain Nicolas Velez, Negeri Sembilan berjaya menandatangani pemain skuad kebangsaan Singapore, Madhu Mohana.
Bercakap kepada media Singapore, Madhu mengesahkan akan beraksi di Liga Malaysia musim hadapan.
“Saya gembira untuk bersama Negeri Sembilan, satu pasukan yang mempunyai sejarah kejayaan, dan pernah memenangi Piala Malaysia pada tahun 2009 dan 2011.
“Walaupun mereka baru kembali ke MSL, kita akan melakukan semua yang kita boleh untuk pergi sejauh mungkin dalam setiap perlawanan yang kita lalui.
“Saya masih ingat persaingan sengit antara pasukan Malaysia dan saya teruja untuk memulakan perjalanan baru ini dan membuktikan kekuatan saya dalam liga luar,” ujar beliau.