Alvaro Morata Tonton DVD Drogba Jaringkan Gol Untuk Inspirasi

Alvaro Morata mendedahkan bahawa dirinya sering menonton DVD perlawanan Chelsea membabitkan bekas bintang, Didier Drogba untuk mejadikan dirinya seorang penyerang yang lebih baik.

Alvaro Morata menyertai Chelsea daripada Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas yang lalu dengan nilai perpindahan £58 juta.

Alvaro Morata
Chelsea’s Alvaro Morata scores his side’s fourth goal of the game during the Premier League match at the bet365 Stadium, Stoke-on-Trent. (Photo by Nigel French/PA Images via Getty Images)

Walaupun bermula agak perlahan dan mengundang kritikan di awal musim, Morata telah menjaringkan 9 gol daripada 15 penampilan di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain antarabangsa Sepanyol ini mahukan impak yang lebih besar bersama skuad kendalian Antonio Conte, dan mengalihkan perhatiannya kepada Drogba sebagai sumber inspirasi.

Drogba yang beraksi bersama Chelsea di antara 2004 sehingga 2015, telah menjaringkan 164 gol untuk ‘The Blues’; memenangi 12 kejuaraan utama sepanjang tempoh itu, termasuk kejuaraan UEFA Champions League pada 2012.

 

Morata dikatakan meminta salinan aksi jaringan Drogba daripada staff kejurulatihan Chelsea ketika baru tiba di Stamford Bridge pada musim panas lalu, dan masih menonton jaringan-jaringan tersebut sehingga kini.

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

“Saya menonton DVD tersebut di rumah dengan harapan untuk menambahbaik prestasi sehebat Drogba.” ujar Morata.

Kedua-dua pemain mempunyai persamaan yang ketara, iaitu mempunyai kekuatan ketika bola berada di udara. Enam daripada gol Morata musim ini dihasilkan melalui tandukan.

Dalam majalah rasmi Chelsea pada bulan ini, kebolehan menjaringkan gol melalui tandukan juga harus diberikan kredit kepada ayahnya, Alfonso.

“Apabila saya berusia 7 atau 8 tahun, kami memiliki sebuah trampolin. Saya sering melompat pada trampolin tersebut sambil berlatih asas tandukan bersama ayah saya.”

“Saya berpendapat, ia sangat membantu saya pada hari ini kerana telah berlatih ayah saya selama ini.”

“Ianya agak melucukan membayangkan diri melompat untuk menanduk dan menendang bola pada ketika itu. Namun ia telah berjaya membantu saya pada hari ini.”

(Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Morata tidak beraksi bersama Chelsea dalam kemenangan 3-1 ke atas Huddersfield baru-baru ini kerana keletihan dan kecederaan yang tidak serius di bahagian belakang.

Timbul juga keraguan akan kemampuan Morata baru-baru ini, sama ada beliau boleh bertahan dengan perjalanan perlawanan, memandangkan ini adalah kali pertama Morata berhadapan dengan perlawanan demi perlawanan dalam semusim sepanjang tempoh kariernya.

Namun Morata berkata beliau kini sedang menikmati setiap cabaran dan perlawanan yang dilaluinya bersama Chelsea, dan sentiasa mengharapkan sokongan daripada penyokong sebagai kekuatan ketika beraksi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN