Kepulangan semula impian untuk Gareth Bale apabila terus menjaringkan gol pendahuluan Real Madrid dalam separuh akhir Piala Kelab Dunia menentang Al Jazira.
Bale yang sudah tidak beraksi untuk Real Madrid sejak September yang lalu. Beliau menyatakan yang beliau sedang dalam proses untuk kecergasan optimum.
“Apabila anda diarahkan masuk ke dalam padang, anda pastinya mahu memberikan perbezaan kepada pasukan. Masih ada perkara yang saya perlu perbaiki. Saya harus bersabar dan mendengar apa kata badan saya.”
“Ia mengambil sedikit masa dan saya akan bekerja keras.”
Rea Madrid ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama menerusi Romarino. Pemenang Ballon d’Or 2017, Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan untuk Real Madrid.
Gareth Bale masuk pada minit ke-81 menggantikan Karim Benzema. Bale menjaringkan gol dalam penglibatan dan sentuhan pertama beliau di dalam padang.
Bale merembat bola rendah yang cuba di’flick’ oleh Ronaldo. Tetapi tiada sentuhan oleh Ronaldo, Bale menjadi penjaring gol.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Bale berterus-terang yang beliau tak sukakan VAR. Kedua-dua pasukan masing-masing ada 1 gol dibatalkan oleh VAR dalam perlawanan tersebut.
Gol Real Madrid yang dibatalkan adalah gol Casemiro. Manakala gol Al-Jazira yang dibatalkan adalah daripada Mbark Boussoufa.
“Jujurnya, saya tak suka VAR. Bola sepak akan lebih baim tanpa VAR. Itu pandangan peribadi saya.”
Real Madrid akan berhadapan dengan Gremio pada Sabtu ini dalam perlawanan final.