Sebentar tadi juga, undian untuk pusingan 32 pasukan terkahir UEL telah diadakan. Paling menarik Arsenal berjaya mengelak bertemu Marseille dalam sesi cabutan terakhir. 6 Perlawanan tumpuan pilihan kami adalah:
1. Lyon vs Villareal
Perlawanan ini pastinya dianggap antara yang berprofail tinggi kali ini. Pasukan dari Perancis dan Sepanyol ini akan bertemu sesama sendiri.
Lyon tidak pernah kalah dalam 4 pertemuan terakhir menentang pasukan dari Sepanyol dengan 3 kemenangan dan 1 seri.
2. Napoli vs Leipzig
Walaupun gagal mara ke kalah mati UCL, nama aksi Napoli musim ini paling mencuri tumpuan. Jika anda penggemar pertarungan taktikal dalam bola sepak, perlawanan ini bolehlah anda senaraikan dalam senarai untuk ditonton.
RB Leipzig juga gagal melepasi peringkat kumpulan sama seperti Napoli walaupun kedua-dua pasukan awalnya diramal akan mara.
3. Ostersund vs Arsenal
Arsenal berjaya mengelak daripada berhadapan dengan Marseille. Mereka akan berhadapan dengan kelab yang baru meningkat naik Ostersund.
Ostersund adalah pasukan yang berjaya menang Piala Sweden musim lalu. Pengurus mereka adalah bekas pemain Stoke dan West Brom, Graham Potter.
Graham Potter menjadi pengurus pertama yang membawa kelab tersebut mara dari divisyen 4 ke liga utama Sweden.
Dengar-dengar, Ostersund digelar Bayern Munich oleh oleh peminat bola sepak di Sweden.
4. Marseille vs Braga
Satu lagi perlawanan yang agak menarik adalah di antara Marseille dan Braga. Braga sentiasa ada kemampuan untuk bersaing dalam peringkat seperti ini. Jadi, pertarungan ini dianggap agak seimbang
Mampukah Marseille melepasi cabaran Braga?
5. Ludogoretz vs AC Milan
Penyokong AC Milan sudah diingatkan penyokong mereka bahawa, undian kali ini bagus tetapi ia bermaksud pasukan mereka perlu menang dan mara.
AC Milan musim ini telah dikejutkan dengan kekalahan dalam beberapa perlawanan yang dianggap boleh menang.
6. Borussia Dotmund vs Atalanta
Borussia Dortmund akan berhadapan dengan pasukan yang telah menyingkirkan cabaran Everton di peringkat kumpulan iaitu Atalanta.
Prestasi semasa Dortmund agak merisaukan dan mereka pastinya mahu memperbaikinya segera selepas pertukaran pengurus.
Berikut adalah undian penuh:
Apa kata anda? Selain 6 perlawanan di atas pilihan kami, anda mungkin mahu komen tentang perlawanan lain. Kongsikan dengan kami di ruangan komen.