Buat pertama kalinya, 5 pasukan dari satu liga utama mara ke pusingan 16 pasukan terakhir UCL. Berikut adalah keputusan undian:
1. Juventus v Tottenham
Mauricio Pochettino akan berhadapan dengan Max Allegri kali ini. Juventus musim ini menyaksikan mereka lebih terpecah dominasi mereka dengan perkembangan daripada pesaing mereka yang lain.
Spurs mengejutkan ramai pihak apabila menjuarai kumpulan yang dihuni oleh Real Madrid dan Borussia Dortmund.
2. Basel v Manchester City
FC Basel akan berhadapan dengan pasukan yang sangat cemerlang musim ini, Manchester City. FC Basel sebelum ini pernah menewaskan Manchester United di peringkat kumpulan A UCL.
Ia mungkin menjadi salah satu motivasi mereka bersaing dengan pasukan besar. Manchester City sudah beberapa musim dijadikan antara pasukan pilihan juara UCL namun gagal melakukannya.
Dengan kualiti yang ada dan skuad yang stabil, mungkinkah kali ini UCL akan diarak di Etihad?
3. Real Madrid v Paris St-Germain
Ramai yang menggelar ini ‘cracker’ dalam undian kali ini. Pertemuan blockbuster di antara 2 kelab yang memiliki ramai bintang.
Paris St. Germain memiliki trio serangan yang digeruni musim ini. Mungkin kali ini PSG dianggap pasukan pilihan. Mereka agak bergelut beberapa minggu ini, namun mereka masih lagi pasukan yang menngerunkan.
Tetapi, harus diingat sudah beberapa musim Zinedine Zidane membutktikan Real Madrid ada DNA kemenangan yang kuat dalam UCL walaupun sebelum ini berhadapan pasukan lain yang berada dalam prestasi terbaik.
Dan sepekara lagi, Real Madrid adalah juara bertahan UCL
4. Shakhtar Donetsk v Roma
Pertarungan menarik melibatkan Shakhtar Donestk dan AS Roma. 2 jurulatih yang menggemari bola sepak menyerang. Shakhtar Donestk menjadi satu-satunya pasukan yang mengalahkan Manchester City musim ini.
Anda naif, jika menyatakan Shakhtar menang nasib. 2 perlawanan mereka berhadapan dengan City, mereka cuba bermain bola sepak mereka sendiri walaupun kualiti pasukan lawan jauh lebih baik.
Shakhtar Donestk turut mengenepikan cabaran SS Napoli di peringkat kumpulan. AS Roma jelas kompetitif musim ini.
Pada awal musim, ramai menjangkakan mereka akan bergelut selepas pemergian Spalletti dan polisi perpindahan yang dianggap pelik oleh penyokong mereka.
5. Chelsea v Barcelona
Penyokong Barcelona dan Chelsea pastinya seram sejuk dengan undian ini. Barcelona pasukan yang konsisten musim ini walaupun beberapa kali berhadapan masalah kecederaan pemain utama.
Namun penyokong Barca pastinya ada sebab untuk risau. Statistik menyatakan Barcelona masih belum menang dalam 7 pertemuan terakhir mereka dengan Chelsea di UCL dengan menag 2 kali dan seri 5 kali.
Lionel Messi berpeluang untuk menjaringkan gol sulung beliau ke atas Chelsea selepas gagal dalam 8 perlawanan.
Perlawanan ini pastinya menjadi tumpuan kerana sentiasa ada drama yang menarik di dalam pakej mereka sebelum ini. Anak-anak buah Ernesto Valverde musim ini berjaya membentuk pasukan dengan sangat cepat dengan beberapa pemain baru mereka.
Pemain seperti Ter Stegen juga antara pemain terbaik dalam Eropah ketika ini. Chelsea juga memiliki segala ramuan yang diperlukan untuk menentang Barcelona, terutama sekali perancangan taktikal Antonio Conte.
6. Bayern Munich v Besiktas
Bayern Munich akan berhadapan dengan pasukan yang cemerlang di peringkat kumpulan, Besiktas. Bayern Munich masih diletakkan pasukan pilihan dalam saingan ini.
Kepulangan semula Jupp Heynckess telah memperbaiki prestasi Bayern Munich dan kini mereka berada di puncak Bundesliga.
Besiktas menjadi juara kumpulan selepas menewaskan naib juara Bundesliga musim lalu, RB Leipzig. Jupp Heynckess adalah pengurus terakhir yang membawa UCL ke Bayern Munich.
7. FC Porto vs Liverpool
Material yang merisaukan Liverpool adalah pasukan seperti FC Porto. Skuad Jurgen Klopp berjaya mara ke UCL setelah kali terakhir Liverpool melakukannya pada 2009.
Ini adalah perlawanan yang meletakkan Liverpool sebagai pasukan pilihan. Liverpool pastinya gembira kerana mengelak daripada bertemu pasukan seperti Bayern Munich ataupun Juventus.
Liverpool memiliki kuartet serangan berbisa, The Fab Four. Namun masih perlu risau akan masalah ketika bertahan.
8. Sevilla vs Manchester United
Sevilla akan berhadapan dengan skuad Jose Mourinho, Manchester United. Sevilla musim ini berada dalam prestasi yang agak baik di dalam liga meskipun dibelasah Real Madrid 5-0 sebelum ini.
Jose Mourinho pastinya gembira dengan undian kali ini. Beliau memang dikenali dengan kemampuan untuk mengendalikan pasukan di kejohanan kelab Eropah.
Manchester United layak ke UCL selepas juara UEL musim lalu. Agak ironi, Sevilla adalah pasukan pertama yang mara dengan tiket juara UEL sebelum ini.
Semua perlawanan akan berlangsung pada 13, 14, 20 dan 21 Februari 2018. Timbal balik pada 6,7,13 dan 14 Mac 2018.