Guardiola Kecewa Mourinho Tuduh Pengadil Dan ‘Diving’ Punca Kemenangan City

Pengendali Manchester United Jose Mourinho bercakap kepada wartawan selepas perlawanan. Beliau terus menembak pengadil kerana tidak memberikan penalti ketika Ander Herrera dijatuhkan.

“Kami patut mendapat satu penalti yang jelas. Saya minta maaf kepada pengadil, Mike Oliver. Dia dalam prestasi terbaik hari ini tetapi beliau melakukan satu kesilapan.”

“Kalau tidak, kedudukan tadi mungkin 2-2 dalam 20 minit terakhir. Musim lalu pun sama, minta apabila Mark Clattenburg tidak memberikan penalti ketika Rooney dijatuhkan.”

Seterusnya Mourinho menuduh pemain-pemain City suka merebahkan badan dan melakukan simulasi yang membuatkan pengadil kerap terpengaruh.

Jose Mourinho juga kecewa dengan cara United melepaskan 2 gol yang dianggap beliau terlalu mudah dan tidak sepatutnya berlaku dalam perlawanan sebesar itu.

Beliau mengakui ia serba sedikit mempengaruhi fokus para pemain. Namun beliau yakin mereka semua akan bangkit selepas ini.

Selepas itu, Pep Guardiola ditanya wartawan tentang komen Mourinho yang menuduh pemain-pemain City suka merebahkan badan dan pengadil adalah punca kekalahan United. Pep Guardiola menjawab:

“Tahun lepas pun dia komen pasal pengadil, semalam (sebelum perlawanan) pun dia komen pasal pengadil. Kami menang di sini sebab kami pasukan lebih baik.”

“Saya tidak setuju dengan tuduhan pemain saya suka merebahkan badan. Pemain-pemain kami jujur. Mereka sangat suka bermain bola sepak dan pergerakan mereka sangat laju.”

“Apabila sesebuah pasukan itu bermain dengan 60%-70% penguasaan bola adalah bukti kepada kejujuran bahawa mereka mahu bermain bola sepak.”

Manchester City mencipta rekod baru dalam EPL dengan kemenangan ke-14 berturut-turut. Namun Pep Guardiola masih enggan mendabik dada tentang peluang besar mereka menjadi juara. Kerana kejuaraan tidak ditentukan pada Disember.

Manchester City juga menjadi pasukan yang mengakhiri rekod tanpa kalah United di Old trafford selama 446 hari. Pasukan terakhir yang melakukannya sebelum ini juga Manchester City.

Keputusan ini meletakkan Manchester City kini 11 mata di hadapan Manchester United. Mampukah pasukan lain mengejar Manchester City?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN