Oliver Bierhoff: Joachim Low Akan Kekal Sebagai Jurulatih Pasukan Kebangsaan Jerman

Joachim Low

Pengurus pasukan Jerman, Oliver Bierhoff telah memberitahu bahawa ketua jurulatih, Joachim Low tidak akan meninggalkan jawatannya untuk menyertai Bayern Munich selepas Piala Dunia 2018 di Rusia.

Berikutan pemecatan Carlo Ancelotti pada September lalu, Jupp Heynckes berusia 72 tahun mengambil alih tugasan di kelab lamanya itu sehingga akhir musim 2017-2018.

Terdapat permintaan untuk jurulatih yang membawa Bayern memenangi kejuaraan treble pada 2013 itu untuk terus di Bayern bagi musim panas yang akan datang.

Bagaimanapun pengurus sementara tersebut menolak cadangan itu dan Ketua Pegawai Eksekutif FC Bayern, Karl-Heinz Rummenigge juga telah mengesahkan bahawa kelab itu akan memulakan musim 2018-19 dengan ketua jurulatih baru.

Sejak kebelakangan ini, nama Low sering dikaitkan dengan Bayern bersama Thomas Tuchel, Julian Nagelsmann dan Ralph Hasenhuttl untuk mengisi jawatan tetap di Bayern Munich, tetapi bercakap kepada pemberita, Bierhoff seolah-olah menolak yang bahawa pemenang Piala Dunia 2014 akan meninggalkan jawatannya dengan Jerman.

“Saya tidak rasa yang dia akan meninggalkan kami,” katanya. “Dan saya tidak mahu biarkan dia pergi tanpa saya bertarung untuk mengekalkan dia disini dan saya rasa dia menikmati kerjanya di sini.”

Joachim Low telah menyertai Persatuan Bola Sepak Jerman sejak tahun 2004, sebagai penolong jurulatih dan kemudian sebagai ketua jurulatih selepas Piala Dunia 2006, dan masih kini masih dalam kontrak hingga tahun 2020.

Sementara itu, pemain pertahanan Bayern, Mats Hummels berkata, sesiapa yang masuk sebagai ketua jurulatih baru memerlukan kemahiran lengkap untuk menguruskan pelbagai cabaran di kelab terbesar Jerman itu.

“Seorang jurulatih, tidak kira di mana, selalu memerlukan konsep di padang, mungkin lebih daripada yang sepatutnya. Tetapi sebelum apa-apa pun, di kelab seperti Bayern, dia mesti memiliki watak dan karakter kepimpinan yang baik,” kata bekas kapten Borussia Dortmund kepada wartawan.

“Tidak mudah, dengan begitu banyak pemain veteran, dengan begitu banyak ego, dan itu bukanlah dari sisi negatif, tetapi dengan pemain Bayern penuh keyakinan. Untuk mengatasi semua yang disebutkan, itulah tugas hebat di Munich.”

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Muhammad Sofwan Zulkepli. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN