Khabar Angin Ke Perak Tidak Benar, Syamim Balik Semula Ke Felda United

Akhbar tempatan berita harian melaporkan bekas pemain tengah Pahang, Ahmad Syamim Yahya mengesahkan beliau bakal menyarung jersi pasukan lamanya, Felda United musim depan.

“Saya memilih untuk kembali ke pangkuan Felda United kerana seronok dan puas hati dengan pengurusan pasukan terutama sepanjang tiga musim bersama mereka sebelum ini.

“Ini bukan bermakna saya tidak suka dengan pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang melayan saya dengan baik sekali sepanjang berada di sini,” katanya kepada wartawa berita harian.

Syamim Yahya/Foto: Asiana.my

Menurut pemain kelahiran Raub, Pahang itu, kehadiran jurulatih berpengalaman B Sathianathan yang membimbing Felda United turut menarik minatnya untuk kembali beraksi dengan pasukan lamanya itu.

Beliau turut menjelaskan sebelum ini pernah menerima tawaran Sathianathan untuk bersama FELDA United namun terpaksa menolak disebabkan masih mempunyai kontrak dengan Pahang.

“Kehadiran beberapa muka baru dalam skuad Felda United musim depan diharap dapat mencetuskan kejayaan membanggakan dan kehadiran pemain import juga diharap menjadi senjata kepada pasukan.

“Saya yakin dengan wajah baru, pasukan Felda United mampu menyerlah musim depan,” jelasnya.

Ahmad Syamin yang beraksi di posisi tengah sebelum ini, pernah beraksi bersama Felda United selama tiga musim bermula 2014 sebelum berpindah ke Pahang musim lalu.

Sebelum ini, dia dikatakan bakal bersama pasukan Perak namun khabar angin itu tidak menjadi kenyataan. – BH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN