Jangkaan Kumpulan Piala Dunia 2018 Dari Shaka Hislop Dan Gabriele Marcotti

Piala Dunia 2018

Bahang Piala Dunia 2018 Rusia semakin dirasai di seluruh dunia walaupun berbaki lebih kurang 6 bulan lagi sebelum sepak mula. Ada di antara penyokong ataupun pemerhati bola sepak sudah mula mencongak dan meramalkan di manakah kedudukan pasukan pilihan mereka dan dengan pasukan manakah akan bersama.

Undian peringkat kumpulan bakal di adakan pada jam 11 malam ini waktu Malaysia.

Baru-baru ini dalam sebuah program bual bicara mengenai bola sepak terbitan ESPN  telah menjemput beberapa orang panel antaranya ialah Shaka Hislop dan Gabrielle Marcotti untuk membincangkan kumpulan manakah 32 negara ini bakal diletakkan bersama.

Shaka Hislop merupakan seorang penjaga gol yang tidak asing di dalam kancah Liga Perdana Inggeris  Beliau pernah bermain untuk Newcastle United, Reading, West Ham United dan Portsmouth selain pernah membantu pasukan Trinidad & Tobago untuk bermain di Piala Dunia 2006 di Jerman.

Manakala Gabriele Marcotti pula adalah seorang penulis sukan yang begitu aktif dan menjadi panel di dalam rancangan sukan terbitan ESPN terutamanya melibatkan bola sepak.

Kredit foto: Daily Express

Dalam program tersebut, Shaka Hislop ingin melihat “kumpulan maut” dihuni oleh Belgium yang diundi bersama dengan Uruguay, Costa Rica dan Nigeria. Beliau berpandangan Belgium belum lagi bermain seperti mana ramai pihak jangkakan dengan nama-nama besar yang membarisi skuad tersebut dalam kejohanan Euro 2016 dan Piala Dunia 2014 yang lalu.

Uruguay pula bagi beliau gandingan Edinson Cavani & Luis Suarez semestinya memberi ancaman yang begitu berbahaya kepada pertahanan lawan. Manakala Costa Rica pula mampu mengulangi kejayaan 4 tahun lalu apabila mengejutkan ramai pihak dengan menyingkirkan Uruguay & Itali untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Nigeria pula adalah pasukan yang layak setelah melalui fasa kelayakan yang mencabar dengan berjaya menewaskan Zambia, Cameroon dan Algeria di dalam peringkat kumpulan Zon Afrika.

Ketika ditanya mengenai “Group of Life”, Gabrielle Marcotti berpendapat kumpulan ini dihuni bersama oleh Rusia, Peru, Tunisia dan juga Panama. Beliau merasakan keempat-empat pasukan ini sama kuat dan sama padan. Biasanya kumpulan sebegini kurang mencuri tumpuan  ketika saingan peringkat kumpulan.

Jika di Malaysia, kita kurang mengenali nama-nama pemain yang bermain untuk negara sebegini selain daripada kurang memperlihatkan aksi negara ini untuk bermain di dalam kejohanan besar seperti Piala Dunia.

Selain itu juga, Marcotti juga mengimpikan untuk melihat Perancis, Uruguay, Denmark dan Maghribi diundi bersama.

Beliau mengaitkan saingan pasukan di dalam kumpulan ini dengan kelibat beberapa pemain berkualiti antaranya Edinson Cavani yang bermain bersama PSG di Ligue 1 Perancis yang bakal berhadapan dengan beberapa orang rakan sekelab manakala Christian Eriksen pastinya mengenali Hugo Lloris yang beraksi bersama dengan Tottenham Hotspurs.

Maghribi pula beliau berpendapat Herve Rinard, jurulatih Maghribi mahu membuktikan beliau bukan seorang jurulatih yang kurang memberansangkan ketika menjadi jurulatih kepada Sochaux dan Lille suatu ketika dahulu.

Beliau hadir kali ini sebagai seorang jurulatih pertama yang memenangi Piala Kejuaran Negara Afrika dengan dua negara yang berbeza, Zambia pada tahun 2012 dan Ivory Coast pada tahun 2015.

Pandangan peribadi penulis

Penulis sendiri secara peribadi berpandangan negara yang berada di dalam balang 2 seperti Sepanyol, England dan Colombia bakal memberikan saingan sengit dan cabaran di peringkat kumpulan.

Lebih-lebih lagi jika diundi bersama dengan salah sebuah negara dari benua Afrika dan juga Costa Rica dari Balang 3.

Penulis menjangkakan beberapa kumpulan bakal diisi seperti berikut:

Kumpulan Maut: Perancis, Colombia, Costa Rica & Nigeria

Kumpulan Terbuka: Poland, Mexico, Mesir & Australia

Kumpulan Idaman: Portugal, Sepanyol, Senegal & Jepun

Bagaimana pula dengan jangkaan anda?

 

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Hisyam. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN