Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Copa America 2015 (Bahagian 1)

Tuan rumah: Chile
Juara bertahan: Uruguay
Jumlah pasukan: 12 pasukan

Apa yang menarik?

1. 2 negara jemputan

Disebabkan Amerika Selatan hanya mempunyai 10 negara sahaja, CONMEBOL menjemput 2 negara untuk turut bersaing dalam Copa America. Antara negara yang pernah dijemput: Mexico, Costa Rica, Jepun, USA, Kanada dan Honduras.

Pada edisi kali ini, CONMEBOL menjemput Jamaica dan Mexico.

2. Juara layak ke Piala Konfederasi 2017

FIFA-Confederations-Cup-2017

Juara Copa America 2015 akan mewakili CONMEBOL (benua Amerika Selatan) dalam Piala Konfederasi 2017 di Rusia. Jika Jamaica atau Mexico menjadi juara, pasukan Amerika Selatan yang terbaik akan dipilih.

3. Sepatutnya Brazil adalah tuan rumah

Mengikut perancangan asal, Brazil akan menganjurkan Copa America 2015 dan Chile menganjurkan Copa America 2019. Tetapi oleh kerana jarak masa pertandingan Piala Konfederasi 2013, Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016 yang terlalu dekat, Brazil terpaksa melepaskan hak penganjuran.

Pada Mei 2012, Brazil dan Chile bersetuju untuk saling bertukar hak penganjuran. Ini bermakna, Chile menganjurkan Copa America 2015 dan Brazil menganjurkan Copa America 2019 pula.

4. Tiada Luis Suarez

Selepas dijatuhkan hukuman penggantungan 9 perlawanan antarabangsa kerana menggigit Giorgio Chiellini, pemenang Champions League 2015 ini tidak dapat menyertai skuad Uruguay dalam Copa America 2015.

Ini satu kehilangan besar bagi Uruguay memandangkan Suarez sedang berada di puncak prestasinya dan merupakan pemain terbaik Copa America edisi lepas pada 2011.


Kumpulan A

1. Chile (ranking ke-19 dunia)

Pilihan utama untuk layak dari kumpulan A memandangkan mereka adalah pasukan tuan rumah DAN mempunyai banyak pemain berkualiti.

Chile memenangi hati peminat bola sepak pada Piala Dunia 2014 dengan taktikal menyerang mereka sebelum tewas kepada Brazil. Di bawah Jorge Sampaoli, Chile boleh mengubah dari formasi 3-3-1-3 kepada 3-4-1-2 dan 4-3-3 tanpa membuat sebarang pertukaran pemain.

Satu-satunya kelemahan mereka adalah semua pemain-pemain pertahanan yang mempunyai ketinggian kurang 6 kaki.

Pada edisi 2011, Chile menjuarai kumpulan mereka (yang dihuni Uruguay yang kemudiannya menjadi juara Copa America 2011) sebelum tewas di suku akhir kepada Venezuela.

Skuad: 

Penjaga gol: Claudio Bravo (Barcelona), Paulo Garces (Colo-Colo), Johnny Herrera (Universidad de Chile)

Pertahanan: Gonzalo Jara (Mainz 05), Gary Medel (Internazionale), Eugenio Mena (Cruzeiro), Juan Cornejo (Audax Italiano), Miiko Albornoz (Hannover 96), Mauricio Isla (Queens Park Rangers), Jose Rojas (Universidad de Chile)

Tengah: Marco Medel (Santiago Wanderers), Charles Aranguiz (Internacional), Jean Beausejour (Colo-Colo), Fernando Meneses (Veracruz), Carlos Carmona (Atalanta), Marcelo Diaz (Hamburg SV), Matias Fernandez (Fiorentina), Jose Pedro Fuenzalida (Boca Juniors), Felipe Gutierrez (FC Twente), Arturo Vidal (Juventus), Rodrigo Millar (Atlas), David Pizarro (Fiorentina), Jorge Valdivia (Palmeiras)

Penyerang: Alexis Sanchez (Arsenal), Edson Puch (Huracan), Eduardo Vargaz (Queens Park Rangers), Mark Gonzalez (Universidad Catolica), Mauricio Pinilla (Atalanta), Angelo Henriquez (Dinamo Zagreb), Junior Fernandes (Dinamo Zagreb)

Ketua jurulatih: Jorge Sampaoli (ARG)

Pemain tumpuan: Alexis Sanchez, 27 (Arsenal)

Sesetengah pemain mungkin akan layu selepas mengharungi musim bola sepak Inggeris yang panjang, tetapi bukan Alexis. Arsene Wenger pernah memberitahu wartawan, beliau terpaksa menasihat Alexis supaya balik ke rumah selepas melihat beliau berlatih 2 jam lagi selepas latihan pasukan.

Perhatikan juga: Marcelo Diaz, 28 (Hamburg SV)

 

2. Ecuador (ranking ke-31 dunia)

Selepas kempen Piala Dunia 2014 yang mengecewakan, Ecuador cuba membina pasukan untuk masa depan – dengan 12 pemain yang mempunyai kurang 3 caps antarabangsa.

Walaupun Antonio Valencia tiada dalam skuad kerana kecederaan, ramai penyokong Ecuador lega beliau tidak dipilih – kerana Valencia bermain sebagai pemain pertahanan di Manchester United, bukannya pemain sayap di mana khidmat beliau betul-betul diperlukan.

Pada edisi 2011, Ecuador kalah 2 kali dan seri sekali untuk berada di tangga terbawah kumpulan yang dihuni Brazil, Venezuela dan Paraguay.

Skuad:

Penjaga gol: Alexander Domínguez (Liga de Quito); Estaban Dreer (CS Emelec); Azcona Rid (Independiente del Valle); Maximum Banguera (Barcelona SC)

Pertahanan: Juan Carlos Paredes (Watford); Frickson Erazo (Grêmio); Luis Romero (Liga de Quito); Gabriel Achilier (CS Emelec); Jhon Narvaez (CS Emelec); Oscar Bagüi (CS Emelec); Walter Ayovi (Pachuca); Arturo Mina (Independiente del Valle); Mario Pineida (Independiente del Valle); Robert Grove (Universidad Catolica)

Tengah: Cristhian Noboa (PAOK); Renato Ibarra (Vitesse); Pedro Quinonez (CS Emelec); Osbaldo Lastra (CS Emelec); Fidel Martinez (Leones Negros); Jonathan Gonzalez (Leones Negros); Michael Arroyo (America); Juan Cazares (Banfield); Pedro Larrea (Liga de Loja); Fernando Hidalgo (Liga de Quito)

Penyerang: Enner Valencia (West Ham); Daniel Angulo (Liga de Quito); Jefferson Montero (Swansea City); Angel Mena (CS Emelec); Miler Bolanos (CS Emelec)

Ketua jurulatih: Gustavo Quinteros (ARG)

Pemain tumpuan: Jefferson Montero, 26 (Swansea City)

Laju, kemahiran menggelecek yang tinggi dan hantaran lintang yang bagus – tiga kualiti ini sudah cukup untuk membuat tidur malam bek kanan lawan Ecuador tidak lena.

Perhatikan juga: Miler Bolanos, 26 (CS Emelec)

 

3. Mexico (ranking ke-23 dunia)

Mexico menghantar skuad B mereka yang rata-ratanya merupakan anggota skuad bawah-23 mereka dengan tambahan beberapa pemain veteran seperti Rafael Marquez dan Jesus Corona.

Tiada pemain bintang seperti Carlos Vela, Javier Hernandez, Hector Herrera, Hector Moreno dan Guillermo Ochoa kerana Mexico menumpukan skuad utama mereka untuk kejohanan 2015 CONCACAF Gold Cup yang bertindih tarikhnya dengan Copa America.

Pada edisi 2011, skuad B Mexico menduduki tempat terakhir apabila kalah semua 3 perlawanan dan hanya menjaringkan 1 gol.

Skuad:

Penjaga gol: Jose Corona (Cruz Azul), Alfredo Talavera (Toluca), Meliton Hernandez (Veracruz)

Pertahanan: George Corral (Queretaro), Gerardo Flores (Cruz Azul), Rafael Marquez (Verona), Hugo Ayala (UANL), Julio Dominguez (Cruz Azul), Carlos Salcedo (Guadalajara), Miguel Angel Herrera (Pachuca), Adrian Aldrete (Santos Laguna), Efrain Velarde (Monterrey)

Tengah: Mario Osuna (Queretaro), Juan Carlos Medina (Atlas), Javier Guemez (Tijuana), Jesus Manuel Corona (FC Twente), Javier Aquino (Rayo Vallecano), Luis Montes (Leon), Marco Fabian (Guadalajara)

Penyerang: Raul Jimenez (Atletico Madrid), Eduardo Herrera (UNAM), Enrique Esqueda (UANL), Vicente Matias Vuoso (Chiapas)

Ketua jurulatih: Miguel Herrera (MEX)

Pemain tumpuan: Marco Fabián, 25 (Guadalaraja)

Boleh bermain di belakang penyerang atau sebagai pemain sayap kiri. Gol yang dijaringkannya di Liga Mexico tersenarai sebagai calon gol terbaik dunia, FIFA Puskás Award.

Perhatikan juga: Raul Jimenez (Atletico Madrid)

 

4. Bolivia (ranking ke-89 dunia)

Jurulatih baru Bolivia, Mauricio Soria baru dilantik sebagai ketua jurulatih Bolivia pada Mac lepas. Soria berjanji Bolivia akan lebih menyerang selepas mengaku ‘sebelum ini Bolivia terlalu defensif tetapi tetap kalah juga’.

Dianggap pasukan paling lemah dalam CONMEBOL, Bolivia menepati tanggapan itu pada edisi 2011. Mereka hanya mengutip 1 mata dan menjaringkan hanya 1 gol untuk menduduki tangga terbawah kumpulan yang dihuni Argentina, Colombia dan Costa Rica.

Skuad:

Penjaga gol: Romel Quiñónez (Bolívar), Hugo Suárez (Blooming), José Peñarrieta (Petrolero de Yacuiba)

Pertahanan: Diego Bejarano (Panaitolikos), Miguel Hurtado (Blooming), Ramiro Ballivián (Universitario de Sucre), Marvin Bejarano (Oriente Petrolero), Alejandro Morales (Blooming), Abraham Cabrera (The Strongest), Edemir Rodríguez (Bolívar), Ronald Eguino (Bolívar), Edward Zenteno (Jorge Wilstermann), Cristian Coimbra (Blooming), Ronald Raldes (Oriente Petrolero)

Tengah: Danny Bejarano (Oriente Petrolero), Wálter Veizaga (The Strongest), Damir Miranda (Bolívar), Alejandro Meleán (Oriente Petrolero), Sebastian Gamarra (AC Milan), Alejandro Chumacero (The Strongest), Pablo Escobar (The Strongest), Jhasmani Campos (Bolívar)

Penyerang: Damián Lizio (O’Higgins), Martin Smedberg-Dalence (IFK Göteborg), Gustavo Pinedo (San Martín de San Juan), Alcides Peña (Oriente Petrolero), Rodrigo Ramallo (The Strongest), Juan Carlos Arce (Bolívar), Marcelo Martins Moreno (Chanchung Yatai), Ricardo Pedriel (Mersin IY)

Ketua jurulatih: Mauricio Soria (BOL)

Pemain tumpuan: Alejandro Chumacero, 24 (The Strongest)

Penulis bola sepak Amerika Selatan, Juan Arango (bukan pemain Venezuela) pernah memberitahu di Twitternya bahawa Chumacero boleh menjadi pemain paling penting untuk Bolivia. Pemain tengah defensif ini hanya mempunyai ketinggian 1.57 meter, tetapi lincah melindungi pertahanan tengahnya.

Perhatikan juga: Marcelo Martins Moreno, 27 (Chanchung Yatai)


Baca preview semua pasukan kumpulan B dan C: Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Copa America 2015 (Bahagian 2)

 

Sumber: Getty Images

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN