Juergen Klopp : “Salah Masuk Pada Waktu Yang Tepat”

Bintang Mesir, Mohamed Salah terus konsisten menjaringkan gol selepas empat perlawanan berturut-turut dan membantu Liverpool mencatat kemenangan 3-0 ke atas Stoke City dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool mengumpul 26 mata daripada 14 perlawanan, ketinggalan dua mata di belakang Arsenal yang menduduki tempat keempat dan tiga mata di belakang Chelsea ketiga.

Liverpool memperolehi gol pertama menerusi Sadio Mane pada separuh masa pertama dan dua gol sumbangan pemain gantian, Mohamed Salah pada babak kedua..

Pengurus pasukan, Juergen Klopp, memuji Salah selepas penyerang dari Mesir itu dimasukkan pada minit ke-67 dan menunjukkan aksi terbaiknya.

“Terima kasih adalah ucapan paling tepat untuk Salah kerana dia masuk pada waktu yang tepat.

“Ia adalah perlawanan yang bagus di tempat lawan. Kami berhak memenangi perlawanan ini dan sangat gembira dapat meraih tiga mata penuh,” kata Klopp.

Mane meledak gol cantik pada minit ke-17 selepas pertahanan Joe Gomez dan Dominic Solanke mengawal bola dengan baik dalam kawasan kotak penalti yang kemudian disempurnakan oleh Mane.

Bagaimanapun penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet kemudian dilayangkan kad kuning kerana melakukan terjahan ke atas pemain lawan di luar kotak penalti dengan Klopp mempertahankan keputusan pengadil itu.

“Saya tidak fikir ia memihak kepada Mignolet kerana dua pertahan berada ketika situasi itu dan dia bukanlah pemain terakhir,” kata pengendali dari Jerman itu.

Menggantikan Solanke, Salah menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-77 selepas menerima hantaran cantik dari Mane.

Salah kemudian pantas memanfaatkan peluang kesilapan lawan melakukan hantaran ke belakang dengan melakukan larian solo menewaskan penjaga gol lawan, Lee Grant minit ke-83. – Reuters

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN