Nasib Felda United Dan Terengganu Mungkin Akan Diketahui Esok

Status pasukan Felda United sama ada mereka akan beraksi dalam saingan Liga Super atau Liga Perdana masih samar kerana belum ada kata putus mengenai masa depan pasukan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam bercakap kepada berita harian, kemungkinan mereka akan memberikan Felda United lesen sementara untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan tetapi masih bergantung kepada kelulusan ahli lembaga.

“Felda United gagal untuk memenuhi tempoh tarikh ditetapkan untuk mendapatkan lesen. Tapi, mereka memenuhi syarat lain,” kata Kevin.

Pengerusi FMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengesahkan belum ada kata putus berhubung status Felda United dan Terengganu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, apa juga keputusan akan ditentukan menerusi mesyuarat yang akan diadakan khamis ini (esok).

“Akan ada mesyuarat dalam minggu ini, tak silap saya hari Khamis dan keputusan mengenai status Felda United dan TFC II akan dibuat selepas itu. Buat masa ini saya pun belum tahu lagi,” kata Tunku Ismail pada sidang media majlis menandatangani perjanjian agensi eksklusif hak mencari penajaan antara FMLLP dan Ampersand Sports Sdn Bhd semalam.

Mengenai pasukan Terengganu, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memohon kepada FMLLP untuk melakukan penstrukturan semula TFC II dengan menjadikan kelab berkenaan sebagai pasukan sokongan negeri (feeder club).

Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan lima pasukan baharu berada di bawah pengawasan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) iaitu Terengganu FC I (TFCI) yang beraksi di Liga Super, TFC II (Liga Perdana), TFC III (Piala Presiden), TFC IV (Piala Belia) dan TFC V (Piala KPM Bawah 17 Tahun).

Keputusan itu dicapai dalam Kongres Tahunan PBSNT dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

T-Team yang dibubarkan dan dikenali sebagai TFCII akan menjadi kelab pelapis kepada TFC I yang dibarisi pemain kelahiran Terengganu.

“Musim depan, hanya satu pasukan iaitu TFCI di bawah bimbingan ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan, Irfan Bakti Abu Salim akan beraksi dalam kancah Liga Super.

“TFCII yang dibarisi anak Terengganu akan menjadi kelab pelapis kepada TFCI bermain dalam Liga Perdana,” kata menteri besarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN