Tahun lalu kecoh di seluruh dunia apabila tugu Ronaldo di Lapangan Terbang Madeira yang dilihat agak teruk dan melucukan. Ramai yang menjadikan ia bahan jenaka di media sosial.
Ada yang menganggap tugu tersebut adalah mirip kepada Niall Quinn. Tak kurang juga yang menganggap tugu itu menyeramkan.
New horror movie trope: Ronaldo's bronze face. pic.twitter.com/MKrumgHdLv
— Football Ramble (@FootballRamble) March 29, 2017
Namun kali ini seorang artis dari Sepanyol, Jose Antonio Navarro Arteaga menghasilkan tugu yang telah menerima banyak pujian di atas hasil tangan beliau yang cantik.
Jose telah menghasilkan satu tugu pemain legenda Real Madrid itu untuk dipamerkan di muzium Real Madrid. Hasilnya sangat mengagumkan. Anda lihatlah sendiri di bawah ini.
Cantik bukan?
Beliau memberitahu, bukan mudah untuk menghasilkan tugu itu kerana beliau banyak melakukan kajian ke atas gambar-gambar Ronaldo.
“Saya telah meneliti banyak sekali gambar Ronaldo. Saya mahu tugu yang dihasilkan ini adalah gambaran kekuatan dalaman pemain ini.”
“Dan saya melihat kekuatan itu banyak terpancar ketika beliau melakukan sepakan percuma dan juga sepakan penjuru.”
Cristiano Ronaldo pastinya akan gembira melihat tugu tersebut dipamerkan di Real Madrid. Ianya boleh dianggap salah satu pengiktirafan yang besar untuk beliau. Bukan semua pemain ada tugu yang dipamerkan di muzium Real Madrid.
Di atas padang beliau masih bergelut mendapatkan aksi terbaik beliau pada musim ini.