Francisco, 28 tahun, berasal dari Sao Paulo beraksi bersama Semen Padang dan membuat 31 penampilan dan menjaringkan satu gol namun kelab yang berpangkalan di Sumatera Barat itu tersingkir ke Liga Dua Indonesia, musim depan.
Sementara itu, Furtuoso, 30 tahun, penyerang Madura United yang mencetak sembilan gol daripada 14 perlawanan berjaya membantu kelabnya meraih tempat kelima dalam ISL.
Husin memberitahu, setakat ini TRW hanya mengekalkan pemain musim lalu, Morgaro Gomis selain terbaharu mengikat bekas pemain import UiTM FC, Do Dong-Hyun.
Menurutnya, status Seydi L’Imam dan pemain antarabangsa Lubnan, Abou Bakr Al-Mel yang masih memiliki kontrak sehingga tahun depan akan dinilai semula pihaknya.
“Dengan kuota pemain import boleh dikatakan terbuka ketika ini, dua pemain ini perlu membuktikan kemampuan mereka jika mahu terus kekal bersama Kelantan,” katanya.