Mengenali Pengerusi Kelab Bola Sepak Termuda di Dunia

Sekurang-kurangnya, Wigan Athletic ada satu rekod yang boleh dibanggakan. Selain rekod (jelik) memenangi Piala FA dan tersingkir divisyen dalam musim yang sama.

Wigan Athletic mempunyai seorang pengerusi kelab bola sepak yang termuda di dunia. Nama beliau ialah David Sharpe.

Mencatat sejarah

Pada umur 23 tahun David Sharpe dilantik sebagai pengerusi kelab Wigan Athletic. Perlantikan itu dibuat pada Mac 2015. Perlantikan itu dibuat bagi menggantikan datuknya, Dave Whelan yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi.

Namun begitu, Dave Whelan dan keluarganya masih mengawal pemilikan kelab yang digelar Latics itu. Ya, ia seolah-olah kisah drama di negara kita. Tapi ia bukan fantasi, tetapi betul-betul realiti.

Kini pentadbiran beliau di Wigan Athletic sudah hampir memasuki tahun ketiga.

Penyokong setia

Sejak datuknya mengambil alih Latics, beliau terus menjadi penyokong setia kelab. Malah, David sendiri sudi menjadi pengiring pemain untuk kelab.

Desas-desus beliau menjadi pengerusi kelab sudah lama diketahui ramai biarpun Dave Whelan dipujuk untuk kekal sebagai pengerusi. Sebelum ini, David Sharpe antara salah seorang lembaga pengarah kelab.

Sebenarnya, hubungan datuk-cucu ini rapat setelah bapa kepada David meninggal dunia. Setelah itu, hubungan ahli keluarga semakin rapat.

Tertanya

David Sharpe, pengerusi kelab bola sepak termuda dalam sejarah.

Menurut temubual kepada BBC, beliau menghadapi pertanyaan ramai pihak apabila beliau terlalu muda menguruskan kelab bola sepak. Jawapan beliau agak menyentap juga dengan memberitahu ada individu yang membeli kelab tetapi masih tidak muncul menonton perlawanan bola sepak.

Kenyataan itu seolah memerli segelintir pemilik kelab bola sepak di England. Memang benar hakikatnya!

Belajar dan terus belajar

David Sharpe sendiri sanggup tidak menghabiskan pengajiannya di sebuah universiti demi menguruskan kelab. Walau bagaimanapun, beliau akan memastikan rujukannya ialah datuknya sendiri.

Di samping itu, beliau juga dibantu oleh ketua eksekutif kelab. Salah seorang adik beradiknya sendiri juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah kelab.

Beliau berkerja sebagaimana orang lain bekerja, masuk pejabat jam 9 pagi dan menamatkan kerja pada jam 5 petang. Ada masanya beliau menemui ejen pemain dan makan malam bersama.

Jaga personaliti

Beliau sendiri mengakui setelah dilantik sebagai pengerusi kelab, beliau agak menjaga personaliti. Sebelum ini, beliau agak bebas untuk berhibur.

Mana tidaknya, penduduk sekitar Wigan amat menghormati keluarga Dave Whelan. Sudah pasti beliau akan menjaga reputasi keluarganya sendiri.

Pada ketika ini, Wigan Athletic sedang menduduki tangga teratas carta EFL League One. 2 mata dibezakan dengan pencabar terdekat, Shrewsbury Town.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN