Liverpool Dan Chelsea Sekadar Seri, Salah Teruskan Ketajaman

Pada awal pagi tadi telah berlangsung perlawanan blockbuster EPL menemukan Liverpool dan Chelsea.

Mohamed Salah meneruskan rentak jaringan beliau. Kali ini Salah menjaringkan gol ke atas bekas kelab beliau. Salah tidak meraikan gol tersebut kerana menghormati tragedi meragut nyawa di Mesir.

https://twitter.com/GeniusFootball/status/934505088844009473

Ianya jaringan ke-10 Mohamed Salah daripada 13 penampilan beliau dalam EPL musim ini.

Namun pada minit ke-85, Willian yang pada awalnya cuba melakukan hantaran lintang pendek telah melakukan jaringan yang membuat Mignolet terkapai-kapai.

Chelsea ternyata pasukan yang lebih baik secara keseluruhannya. Namun mereka tumpul di hadapan gol. Manakala untuk pasukan Liverpool, mereka sukar memecahkan pertahanan Chelsea.

Percubaan tepat pertama Liverpool adalah pada minit ke-54. Namun pada separuh masa kedua, Liverpool lebih efektif menyudahkan peluang yang terhad.

Liverpool kini melebarkan rekod tanpa kalah kepada 6 perlawanan ke atas Chelsea. Manakala Chelsea pula melebarkan rekod 6 perlawanan tanpa kalah di Anfield.

Tamat perlawanan berakhir dengan 1-1.  Chelsea memintas Spurs untuk berada di tangga ke-3. Dan Liverpool kini hanya berada 1 mata di belakang Spurs yang berada di tangga ke-4.

Dalam perlawanan hari ini, Arsenal berpeluang merampas tempat ke-4 dengan memintas Tottenham dan Liverpool sekiranya mereka menang ke atas Burnley.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN