Badan induk bola sepak dunia FIFA telah memberi amaran kepada kerajaan Peru dan juga Persekutuan Bola Sepak Peru (FPF) terhadap satu cadangan undang-undang berkaitan sukan yang mahu diimplementasikan di negara tersebut.
Undang-undang berkenaan dipercayai akan mengundang campur tangan kerajaan dalam FPF; perkara yang jelas melanggar perlembagaan dan perundangan di dalam FIFA.
Namun demikian seorang ahli politik daripada negara Amerika Selatan berkenaan menafikan perkara itu sambil menegaskan Peru akan tetap ke Piala Dunia pada tahun hadapan.
Peru merupakan negara terakhir di kalangan 32 pasukan bertanding yang melayakkan diri ke Piala Dunia tahun hadapan, selepas menewaskan New Zealand dengan agregat 2-0 dalam perlawanan play-off.
Seorang ahli kongres wanita dari Peru, Paloma Noceda telah menafikan pelaksanaan undang-undang baru tersebut tidak akan menyebabkan campur tangan dan juga pengambilalihan FPF.
Sebarang jenis campur tangan oleh kerajaan adalah melanggar peraturan FIFA, dan ia turut menyebabkan FIFA memantau situasi di Peru.
Seorang jurucakap FIFA turut mengesahkan kepada BBC bahawa badan induk bola sepak dunia itu telah menghantar sepucuk surat kepada FPF pada 23 November lalu.
Surat itu adalah untuk memaklumkan kepada FPF bahawa undang-undang baru yang dibawa ke kongres Peru pada 2 Oktober lalu akan menyebabkan FPF melanggar perundangan oleh FIFA jika diimplementasi.
Sehingga kini, FIFA hanya mampu untuk memantau keadaan semasa di Peru.
Pada Mac lalu Mali turut digantung daripada bola sepak antarabangsa selepas penglibatan kerajaan membubarkan jawatankuasa eksekutif persatuan bola sepak negara berkenaan.
Dalam satu temuramah di stesen radio Exitosa di Peru, Noceda turut telah menegaskan bahawa tidak mungkin undang-undang baru tersebut akan menyebabkan campurtangan oleh kerajaan di dalam FPF dalam apa jua cara.
Beliau dipetik sebagai berkata:
“Saya tidak tahu bagaimana undang-undang tersebut boleh diterjemahkan sedemikian. Kerisauan campur tangan dari pihak kerajaan mungkin datang dari FPF sendiri. Atau mungkun juga dari FIFA.”
“Tetapi kami yang berada di dalam suruhanjaya tersebut dan terlibat dalam penggubalan undang-undang ini. Semua orang mahukan yang terbaik untuk sukan di negara masing-masing.”
El Perú ya está en el mundial y va a ir al mundial… No hay ningún Proyecto de Ley que lo impida! #VamosPerú #TeAmoPeru ?????? #Rusia2018 @TuFPF
— Paloma Noceda (@PalomaNoceda) November 21, 2017
Noceda turut memuat naik satu kenyataan di dalam Twitter dan berkata: “Peru telah berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia dan akan tetap ke Piala Dunia- tidak ada undang-undang yang mampu menghalang!
Russia 2018 akan menjadi Piala Dunia ke-5 dalam sekarah bola sepak negara Amerika Selatan itu. Kali terakhir mereka tampil dalam kejohanan tersebut ialah pada 1982.