Hamidin Rayu Pahang Fikirkan Semula Tawaran Ke Piala AFC 2018

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), memberi tempoh sehingga Khamis ini kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menimbang semula tawaran beraksi dalam Piala AFC musim depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan perkara itu dan berharap agar pihak PBNP memikirkan tentang kesannya jika menolak tawaran itu.

PBNP sebelum ini membuat keputusan mengejut apabila menolak tawaran FAM menggantikan Kedah sebagai wakil Malaysia bersaing dalam kejohanan itu, dengan memberi alasan ingin fokus terhadap liga tempatan.

Begitupun, tindakan itu tampak mengundang padah apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan slot itu akan diberikan kepada negara lain berdasarkan Fasal 12.12, Peraturan Pertandingan AFC.

Ini kerana Pahang, yang memenuhi syarat kelayakan tetapi enggan menyertai kejohanan itu, secara automatik slot itu terbatal dan tidak boleh diberikan kepada pasukan tempatan lain.

Enggan berdepan dengan kesan kejatuhan ranking Liga Malaysia, FAM kini dalam fasa pujuk rayu dengan PBNP.

“Kami akan menghantar surat kepada Pahang hari ini dan memberi tempoh sehingga Khamis depan.

“Ia bagi memberi peluang kepada Pahang fikirkan semula untuk bertanding dalam Piala AFC. Ia memberi kesan kepada slot kita,” kata Hamidin kepada Astro Arena.

Sebelum ini, slot tersebut menjadi milik Kedah di atas kapasiti sebagai juara Piala FA, namun skuad Lang Merah tidak boleh beraksi kerana gagal memenuhi syarat pelesenan kelab AFC.

Berikutan itu, FAM menawarkan slot kedua itu kepada Pahang selaku naib juara Liga Super dan Piala FA.

“Ia akan memberi kesan ranking kita kerana AFC tidak membenarkan pasukan (tempatan) lain untuk menggantikan Pahang,” ujarnya.

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad juga berharap PBNP menerima tawaran keemasan berkenaan yang diyakini mampu memberi manfaat besar kepada skuad Tok Gajah.

“Sayanglah kerana ini peluang keemasan dan secara tidak langsung boleh dapat pendedahan di peringkat tertinggi. Main bermati-matian (saingan domestik merebut slot Piala AFC) tetapi bila sudah dapat peluang tidak mahu pergi. Kalau begitu lebih baik tidak payah beraksi daripada awal.

“Kalau saya, saya akan ambil peluang ini, jadi saya harap Pahang cuba pertimbangkan balik dan ambil peluang keemasan ini. Tidak boleh cakap yang kita belum bersedia sebab mana-mana pasukan pun perlu sentiasa bersedia.

“Kalau kita cakap belum sampai tahap terbaik, tetapi kalau dengan situasi sekarang, sampai bila pun kita tidak akan sampai tahap itu. Soal keputusan, itu nombor dua. Belum cuba belum tahu dan sekurang-kurangnya selepas itu kita boleh nilai sejauh mana kemampuan pasukan,” katanya kepada Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN