Sejarah J League: Siri Kedua – Musim Pertama Liga

Dalam bahagian kedua Artikel Bersiri Sejarah J League, kami melihat kembali kepada kejayaan awal yang dicipta oleh Verdy Kawasaki dan kemunculan Zico sebagai pemangkin pembangunan bola sepak Jepun.

10 pasukan bertanding dalam musim pertama pada 1993. Selain dari Verdy, Marinos dan Antlers ada 3 lagi kelab yang berpangkalan di sekitar megalopolis Tokyo iaitu JEF Ichihara, Urawa Reds dan Yokohama Flugels. Shizuoka yang terkenal dengan tradisi bola sepak juga tidak ketinggalan menyertai kumpulan pertama ini dengan diwakili oleh Shimizu S Pulse. Kelab ini merupakan satu satunya pasukan yang bukan berasal dari mana mana pasukan bola sepak syarikat perkilangan Jepun.

verdy

Terdapat 3 lagi kelab dari barat Jepun yang turut sama bersaing dalam liga professional bola sepak ini adalah Nagoya Grampus Eight, Gamba Osaka dan Sanfrecce Hiroshima.

Verdy Kawasaki diiktiraf sebagai sebuah pasukan yang paling popular pada masa itu dikalangan pemain.  Beberapa pemain kelab ini memegang pemain status bintang seperti Kazuyoshi Miura, Nobuhiro Takeda dan Tsuyoshi Kitazawa dimana menjadikan mereka mampu menyamai status bintang pemain baseball Jepun.

antlers

Musim pertama J League dilangsungkan dengan format 2 kejuaraan dalam setiap pusingan. Setiap pasukan akan mengharungi 36 perlawanan semusim dimana juara musim bunga akan bertemu juara musim luruh bagi menentukan pasukan mana layak dinobatkan sebagai juara sebenar.

Format 2 kejuaraan ini dan pertembungan juara sebenar digunakan dari musim 1993 hingga 2004 dan 2006.

Apa yang lebih menarik dalam musim awal J League ini adalah, setiap perlawanan mesti ada pemenang. Tiada istilah seri bagi mereka. Jika perlawanan berlangsung selama 90 minit itu tidak dapat menentukan siapa pemenang, perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan selama 30 minit. Dan jika masih gagal menentukan pemenang, keputusan akan ditentukan dengan sepakan penalti.

TOKYO, JAPAN - JANUARY 09:  (EDITORIAL USE ONLY) Kazuyoshi Miura of Verdy Kawasaki and Eiji Gaya of Kashima Antlers compete for the ball during the Suntory Championship first leg match between Kashima Antlers and Verdy Kawasaki at the National Stadium on January 9, 1994 in Tokyo, Japan.  (Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

Pada musim pertama 1993, Kashima Antlers muncul sebagai juara musim bunga dan bertemu Verdy Kawasaki sebagai juara musim luruh. Perlawanan penentuan juara J League yang pertama diadakan pada Januari 1994 di National Stadium, Tokyo.

Perlawanan akhir pertama diadakan di Kashima namun Verdy Kawasaki berjaya untuk menang mudah 2-0 hasil jaringan Kazu Miura pada minit ke 60 dan bintang import dari Brazil, Bismark pada minit minit akhir perlawanan.

kazu zico

Dalam perlawanan akhir kedua ditempat lawan, Kashima Antlers diketuai oleh Athur Coimbra Zico yang tidak bermain pada perlawanan akhir pertama, berada dalam kesebelasan utama Kashima Antlers. Walaupun bermain menentang lagenda Brazil itu dikatakam suatu penghormatan dan pemangkin motivasi kepada pemain Verdy Kawasaki, Zico pada umur 40 tahun itu masih lagi bermain jauh lebih baik dari pemain dalam J League pada masa itu.

Minit ke 38”, Alcindo melakukan volley untuk jaringan pertama Kashima Antlers bagi merapatkan jurang kepada 1-2. Namun penalti kontroversi dihadiahkan oleh pengadil pada separuh masa kedua kepada Verdy Kawasaki. Kazu Miura dengan mudah menjaringkan gol ketiga Verdy Kawasaki.

Namun Zico telah membuat satu tindakan yang tidak dijangka sebelum sepakan itu diambil Kazu Miura. Zico berjalan menuju kearah bola yang telah diletakkan ditempat sepakan lalu meludah bola tersebut. Zico dilayangkan kad kuning kedua dan terus diarahkan keluar padang.

ramos

Walaupun begitu, Verdy Kawasaki berjaya menjulang kejuaraan pertama J League dan pada bulan November, mereka berjaya menjuarai Piala Liga ( sekarang dikenali sebagai Yamazaki Nabisco Cup). Verdy Kawasaki mempertahankan kejuaraan Piala Liga apabila kali pertama menjuarainya pada 1992, dimana pada waktu itu YNC ini digunakan sebagai pentas ujian sebelum perlawanan J League bermula.

Kazu Miura menggondol pemain terbaik J League musim pertama namun bukan sebagai penjaring terbanyak. Beliau menjaringkan 20 gol, ketinggalam 8 gol daripada Ramon Diaz sebagai penjaring terbanyak musim 1993.

J_League_Cup_2003

Dalam musim pertama ini, purata kehadiran penonton ke stadium adalah sebanyak 18,000 orang dan secara keseluruhannya disaksikan oleh 3.2 juta penonton.

Dominasi Verdy Kawasaki diteruskan pada musim kedua apabila mejuarai J League buat kali kedua apabila menumpaskan Sanfrecce Hiroshima dalam perlawanan penentuan. 1995 menyaksikan kebangkitan kelan Yokohama Marinos yang berjaya menewaskan Verdy Kawasaki dalam perlawanan akhir. Ini adalah kejuaraan pertama bagi pasukan yang berpangkalan di Yokohama tersebut.

Namun, masa depan Verdy Kawasaki semakin kelam dalam musim seterusnya dan J League juga menghadapi situasi yang sangat sukar.

Baca Siri Pertama Di sini: Sejarah J League Siri Pertama

Akan bersambung dalam siri ke-3.

**Artikel ini disumbangkan oleh Fanpage J League Malaysia. Like J League Malaysia di Facebook untuk mendapatkan info terkini mengenai J League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN