Zlatan Ibrahimovic Cipta Rekod Baru Dalam Saingan Liga Juara-Juara Eropah

Walaupun gagal mengelakkan kelabnya, Manchester United dari menerima kekalahan pertama berdepan FC Basel dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini, Zlatan Ibrahimovic berjaya mencipta rekod peribadi buat dirinya dalam kancah liga kelab paling berprestij di Eropah itu.

Rekod yang dimaksudkan adalah Zlatan menjadi pemain pertama yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah dengan mewakili tujuh kelab yang berbeza.

Zlatan berjaya mencipta rekod tersebut apabila dimasukkan oleh Jose Mourinho bagi menggantikan pemain antarabangsa Perancis, Anthony Martial pada minit ke-74 perlawanan di St. Jakob Park, Basel itu.

Zlatan Ibrahimovic
22nd November 2017, St Jakob-Park, Basel, Switzerland; UEFA Champions League, FC Basel versus Manchester United; Zlatan Ibrahimovic of Manchester United challenges Marek Suchy of FC Basel for the high ball (Photo by David Emm/Action Plus via Getty Images)

Legenda bola sepak Sweden itu sebelum ini telah beraksi di Liga Juara-Juara Eropah bersama pasukan Ajax Amsterdam, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan dan Paris Saint-Germain.

Sebelum beraksi selama 16 minit pada perlawanan di Switzerland tersebut,  Zlatan berkongsi rekod bersama-sama dua lagi penyerang, Javier Saviola dan Nicolas Anelka menjadi pemain yang beraksi bersama enam pasukan berbeza dalam saingan utama Eropah ini.

Pencapaian yang hebat buat seorang pemain tetapi Zlatan masih belum pernah menikmati sebarang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini. Mungkinkah bersama Manchester United, beliau dapat mengecapi kejayaan tersebut?

Dalam perkembangan yang sama, kekalahan 1-0 United pada perlawanan pagi tadi menafikan peluang skuad bimbingan Jose Mourinho untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya dengan lebih awal.

Keadaan itu memaksa United perlu menunggu hingga ke perlawanan terakhir peringkat kumpulan dimana mereka akan menanti kunjungan CSKA Moscow di Old Trafford pada 6 Disember nanti.

Kekalahan itu juga menjadikan rekod tiada satu kelab England pun yang berjaya mengelakkan dari dibolosi dalam 14 perlawanan terakhir bertemu Basel di tempat lawan.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN