Rasmi: S. Veenod Daripada Gergasi Merah Menjadi Pahlawan Merah

S. Veenod menyertai Kelantan pada musim akan datang. Beliau sudah pun menandatangani kontrak dengan disaksikan oleh Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan.

Bibi Ramjani memberitahu, pemilihan S. Veenod kearana versatiliti yang dimiliki oleh bekas pemain Selangor itu. Majlis menandatangani kontrak berlangsung di pejabat Presiden KAFA.

https://www.facebook.com/presidenbibiramjaniofficial/

S. Veenod adalah pemain yang beraksi di posisi tengah kotak ke kotak. Namun dalam karier beliau di Selangor musim lalu beliau banyak digunakan sebagai pemain sayap.

Veenod menikmati karier terbaik beliau bersama Selangor pada 2016 dengan menjadi antara pemain paling konsisten dalam skuad Selangor.

Beliau kemudiannya dipilih untuk mewakili Harimau Malaya kerana kecemerlangan beliau itu. Pada musim lalu, pemain ini agak bergelut untuk mencapai prestasi terbaik beliau seperti musim sebelumnya.

Veenod terkenal dengan gaya permainan bertenaga dan kekuatan utama beliau adalah permainan berpasukan. Veenod memulakan karier profesional beliau dengan Pulau Pinang. Selepas itu, menyertai USM dan kemudiannya Selangor.

Antara kejayaan beliau dengan Selangor adalah menjuarai Piala Malaysia pada musim 2015. Dedikasi beliau di dalam padang menjadikan Veenod antara pemain yang disenangi penyokong Selangor.

Kelantan dijangka akan mengumumkan beberapa lagi pemain baru mereka dalam masa terdekat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN