Presiden Melaka United Soccer Association, Datuk Wira Yusoff Mahadi hari ini memberitahu pihak Melaka United kini menunggu kehadiran Mohamed Ghaddar.
Beliau mengesahkan berita tentang minat Melaka ke atas penggempur dari Lubnan itu. Bercakap kepada media, Datuk Wira Yusoff Mahadi, sudah mendapatkan lampu hijau daripada JDT.
Kini beliau menunggu keputusan daripada Ghaddar. Melaka sudah pun memberikan deadline kepada Ghaddar untuk memberikan jawapan sama ada beliau mahu datang ke Melaka ataupun kekal di JDT.
Yusoff Mahadi berkata:
“Kami sudah mendapat tahu yang tiada masalah daripada pihak JDT. Kini tinggal Ghaddar sahaja untuk memberikan kata putus. Saya mahu dia datang ke sini dengan rela hati.”
Mohamed Ghaddar adalah pemenang kasut emas Liga Super 2017. Beliau cemerlang bersama dengan Kelantan dan kemudian berpindah dengan rekod perpindahan liga Malaysia ke JDT.
Dalam majlis yang sama, Melaka turut memperkenalkan 2 pemain yang dipinjam dari JDT iaitu R. Gopinathan dan S. Chanturu.
Yusoff Mahadi mengesahkan pengendali Melaka, Eduardo Almeida sendiri yang mahukan 2 pemain sayap ini menyertai pasukan Melaka.
Seterusnya, Melaka United masih memburu beberapa lagi pemain import untuk menyertai pasukan mereka bagi menempuhi musim 2018.