PKNS dijangka akan mengumumkan pengendali baru pasukan itu pada 22 November ini, ataupun esok. Nama Datuk K. Rajagobal sudah pun disebut sebagai jurulatih baru tersebut.
K. Rajagobal kali terakhir menjadi ketua jurulatih pasukan Sarawak. Musim lalu, Datuk K. Rajagobal tidak melatih mana-mana pasukan.
Tidak sampai 24 jam dimumumkan keluar JDT, semalam Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid memberitahu Stadium Astro yang pihak PKNS FC berminat untuk membawa semula Gabriel Guerra ke dalam pasukan PKNS.
Ini kerana, menurut Mahfizul, Guerra seorang pemain yang berkualiti dan ia sangat diperlukan di dalam pasukan PKNS.
Guerra gagal mendapatkan kontrak baru bersama JDT. Guerra membantu JDT menjuarai Liga Super dan Piala Malaysia pada musim 2017.
JDT mengesahkan mereka tidak menyambung kontrak Guerra dan kemudian melepaskan juga Gonzalo Cabrera.
PKNS juga mengesahkan Nurridzuan Abu Hassan, Faidzat Ghazali dan K. Ruben sebagai pemain baru pasukan mereka.
Musim lalu PKNS berbelanja besar namun gagal mendapatkan hasil yang lebih baik. Jadi, mereka berharap musim baru akan lebih baik dengan kehadiran K. Rajagobal dan beberapa tonggak baru dalam pasukan mereka.