Mario Gomez: “Kedah Maklumkan Sudah Pilih Jurulatih Lain”

Mario Gomez

“Saya tidak akan membimbing Kedah. Mereka sudah memilih jurulatih lain,” ujar calon ketua jurulatih Kedah, Mario Gomez mengenai tawaran kontrak untuk membimbing Kedah pada musim hadapan kepada Berita Harian.

Dengan pengesahan rasmi ini, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sudah pasti dalam perbincangan akhir bersama calon lain. Dan kemungkinan besar calon yang dimaksudkan itu ialah Ramon Marcote.

Marcote adalah calon kegemaran ramai dan memiliki kelebihan tersendiri apabila baru-baru ini telah mendapat sokongan pihak penaja utama Kedah, ECK Development Sdn Bhd.

Selain itu, Marcote yang pernah memangku tugas sebagai ketua jurulatih ketika Tan Cheng Hoe mengikuti kursus kejurulatihan lesen A di China pada musim 2015, itu cukup disayangi para penyokong Kedah.

“Saya kini bebas dan tidak terikat dengan mana mana pasukan, jadi saya sedia kembali ke Malaysia kerana ia adalah satu yang menarik buat saya,” ujar Marcote kepada Berita Harian pada 8 November lalu.

Sememangnya berminat untuk kembali, Marcote mengakui dia tidak pernah terlepas daripada mengikuti perkembangan Kedah dalam saingan Liga Malaysia.

“Saya kini bersedia melatih Kedah jika mendapat tawaran dari pihak KFA,” ujar Marcote kepada Berita Harian sambil menyatakan ianya satu penghargaan sekiranya KFA menawarkan peluang tersebut kepadanya.

Marcote yang mula menyertai Kedah sebagai jurulatih kecergasan pada musim 2015 itu dikatakan adalah antara tunjang kepada kecemerlangan Kedah dalam saingan musim tersebut.

Sebelum kini KFA dikatakan sudah memasuki fasa akhir perbincangan bersama bekas pengendali JDT, Gomez, namun akhirnya memutuskan untuk menawarkan kepada calon lain.

Mario Gomez

Selain Marcote, skuad Helang Merah juga dikhabarkan mempunyai dan meneliti calon lain dari Brazil yang belum didedahkan kepada umum sehingga kini.

Kedah yang kini dihimpit isu perlesenan kelab dan kegagalan beraksi di pentas AFC musim hadapan, pasti sedang mencari penyelesaian untuk memikat semula hati para penyokongnya.

Kehadiran semula Marcote pastinya sedikit sebanyak dapat mengubat luka para penyokong. Usaha penaja yang cuba membawa desakan penyokong kepada pihak pengurusan mungkin akan dipertimbangkan secara serius.

Kedah memulakan proses mencari pengganti kepada Nidzam Adha Yusoff yang telah menyatakan kesediaan untuk berundur selepas gagal membantu Kedah menjulang Piala Malaysia 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN