He Yiyi Pemain Bola Sepak Berkaki Satu Yang Menambat Hati China

Tiada perkara yang mustahil. Demikianlah madah yang paling sesuai untuk mengungkapkan kisah seorang lelaki yang bernama He Yiyi di China.

He Yiyi yang tampil dengan berkaki satu telah menawan hati dan memberi inspirasi buat jutaan peminat bola sepak di China, selepas videonya beraksi menentang pasukan lawan yang cukup sempurna sifat menjadi tular.

Kekurangan yang dimiliki He Yiyi tidak menjadi penghalang baginya untuk beraksi bersama-sama pemain lain diatas padang.

Dalam perlawanan itu juga, He Yiyi telah berjaya menjaringkan gol, justeru telah berjaya menarik perhatian ratusan penonton yang hadir menonton perlawanan tersebut.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Kisah He Yiyi

Tahun 2009 menjadi titik hitam dalam kehidupannya setelah He Yiyi disahkan oleh doktor bahawa dirinya menghidap penyakit barah tulang. Ini menyebabkan doktor yang merawat beliau terpaksa membuat keputusan untuk memotong kaki kirinya.

Sebelum kejadian yang mengubah hidup He Yiyi buat selamanya itu berlaku, He Yiyi sering menjadi perhatian peninjau akademi bolasepak di China dan juga luar negara.

Ketika bermain di dalam satu perlawanan di Selatan Wilayah Guangdong, seorang pencari bakat bolasepak dari Perancis turut hadir untuk meninjau prestasi pemain ini.

(Photo credit should read -/AFP/Getty Images)

Selepas tersebarnya video He Yiyi bermain bola sepak tanpa satu kaki, peminat bolasepak di China telah menggunakan He Yiyi untuk melepaskan kemarahan terhadap Persatuan Bolasepak China(CFA).

Ini berikutan kekecewaan penyokong bola sepak di China terhadap prestasi skuad kebangsaan mereka dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018.

Ia adalah simbolik yang menggambarkan harapan bolasepak China seolah-olah kini terletak ditangan He Yiyi.

Melihat akan kecekalan dan ketabahan He Yiyi  bersungguh-sungguh beraksi diatas padang, penyokong bola sepak di China telah memberi pelbagai nama gelaran kepada He Yiyi.

(Photo credit should read -/AFP/Getty Images)

Antaranya ialah ‘Malaikat Bersayap Patah’, ‘Raja Bola Berkaki Satu’, dan juga “Lelaki Ajaib” untuk menggambarkan kebolehan luar biasa He Yiyi di atas padang.

Sejak menjalani pembedahan pada 2009, He Yiyi memilih untuk menggunakan tongkat berbanding kaki palsu untuk bermain bola sepak. Bagi He Yiyi, menggunakan tongkat adalah lebih selesa untuk mengimbangkan diri dan berlari diatas padang.

Tambahan lagi, beliau hanya menggunakan tongkat yang berharga murah di pasaran supaya apabila pihak lawan mengasarinya, tongkat itu akan patah dan tidak akan mencederakan diri dan lawan.

Impian He Yiyi

He Yiyi juga mendedahkan bahawa sebelum ini beliau cuba untuk menyertai beberapa kejohanan peringkat amatur di China, namun penyertaannya telah ditolak berkali-kali oleh pihak penganjur

Dalam satu wawancara bersama wartawan di China, He Yiyi memberitahu:

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

“Selama ini, saya tidak cederakan pemain lain. Mengapa saya tidak dibenarkan bermain?” ”

Pertandingan amatur adalah untuk orang ramai (setiap orang) bermain bolasepak. Mengapa mereka boleh tetapi saya tidak?” Ujar He Yiyi mempersoalkan keputusan penganjur yang sering mengabaikan penyertaannya.

Sentiasa bersikap positif

Beliau juga mengatakan ketika bermain bola sepak, beliau sering kali menjadi sasaran, dibuli dan juga diejek oleh pemain lain yang sempurna sifat berbanding dirinya.

“Mereka ingin saya berhenti bermain walaupun hanya beraksi untuk beberapa minit sambil menjerit di khalayak ramai: ‘apa yang anda buat disini?'”Ujar He Yiyi berkongsi akan pengalamannya.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Ketika ditanya apakah mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat di luar sana yang ingin mengejar impian?

“Anda harus sentiasa bersikap positif, jangan hanya mengeluh di rumah. Hanya diri anda sendiri yang mampu menyelamatkan anda.”

Rumusan: Impian jadi kenyataan

Pada awal November ini, Yiyi telah beraksi dengan cemerlang dalam kejohanan bola sepak yang dikenali sebagai Piala Shenzhen di China.

Pada mulanya, pihak penganjur menolak penyertaan Yiyi kerana risaukan isu keselamatan. Namun salah sebuah penganjur bersama kejohanan tersebut iaitu Kumpulan Chao Xiang amat tersentuh dengan kisah He Yiyi yang tidak pernah berputus asa untuk mengejar impian dalam bola sepak.

Oleh itu, pihak penaja berkenaan telah menganjurkan sebuah perlawanan persahabatan khas untuk He Yiyi memperagakan aksinya di atas padang.

He Yiyi jelas tidak mengecewakan. Bukan sahaja beliau telah menjaringkan 1 gol, malah He Yiyi turut mencuri jutaan hati rakyat China termasuk ketua jurulatih skuad kebangsaan China, Marcelo Lippi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN