Jose Mourinho Kecam Rawatan Yang Diterima Phil Jones Ketika Bersama Skuad England

Jose Mourinho

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho ternyata berang dengan apa yang telah dilakukan oleh pasukan rawatan skuad kebangsaan England terhadap anak buahnya, Phil Jones.

Mourinho mengecam tindakan yang dilakukan pasukan rawatan itu apabila memberikan enam suntikan anaesthetic (pelali) kepada pertahanan Manchester United itu bagi membolehkan beliau beraksi mewakili England pada perlawanan menentang Jerman.

Keadaan itu menyebabkan Mourinho terpaksa menelan kepahitan apabila perlu melupakan khidmat pertahanan berusia 26 tahun itu menjelang perlawanan menghadapi Newcastle United di Old Trafford malam ini.

Jones terpaksa dikeluarkan pada minit ke-25 akibat kecederaan yang dialaminya pada perlawanan bertemu Jerman tempohari.

Sebelum ini Jones terpaksa beraksi walaupun masih berada di dalam kecederaan pada perlawanan dua perlawanan penting ketika Manchester United bertemu Tottenham Hotspur dan Chelsea.

Mourinho juga terkejut kerana Gareth Southgate dan staff perubatan England membenarkan Jones untuk beraksi pada perlawanan persahabatan tersebut walaupun masih dalam proses pemulihan.

”Sebagai pengurus, sejak tahun 2000, sepanjang 17 tahun tidak pernah seorang pun pemain saya diberikan suntikan bagi menghadapi perlawanan persahabatan. Tidak pernah,” kata Mourinho kepada wartawan.

”Saya bukan malaikat dan saya mempunyai pemain yang diberikan suntikan untuk beraksi dalam perlawanan rasmi dan penting.”

”Untuk mendapat enam suntikan pelali bagi bermain dalam perlawanan persabahatan, saya tidak pernah mendengarnya dan Phil Jones menghadapinya,” Mourinho meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan itu.

”Dia menerimanya (suntikan) sebelum perlawanan dan selepas 15 minit dia keluar dan jelas esok dia akan diketepikan.”

Ketika ditanya samada beliau telah bercakap dengan Southgate mengenai perkara ini, Mourinho menjawab: ”Tidak, saya hanya menceritakan mengenai fakta. Dia (Jones) telah disuntik pada tengah hari sebelum perlawanan, dia tidak selesa ketika memanaskan badan.”

”Di antara waktu memanaskan badan dan bermula perlawanan, dia telah menerima lima lagi suntikan untuk beraksi pada perlawanan persahabatan.”

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN