Buffon Umum Persaraan Di Pentas Antarabangsa

Penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon sah akan menamatkan karier di pentas antarabangsa selepas skuad juara empat kali itu gagal mara ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.

Buffon, 39, beraksi buat kali ke-175 dan kali terakhir ketika Itali tumbang 0-1 secara agregat, dalam penentuan playoff kepada Sweden selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 di San Siro, pagi tadi.

Keputusan itu menamatkan karier Buffon sepanjang 20 tahun terbabit di pentas antarabangsa termasuk ketika Itali menjulang Piala Dunia pada 2006.

“Saya minta maaf, bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk seluruh bola sepak Itali,” kata Buffon kepada penyampai televisyen Itali, Rai.

“Kami gagal mencapai sesuatu yang cukup besar, yang cukup memberi makna. Cukup kesal kerana terpaksa menamatkan perjuangan dengan cara begini, bukan kerana masa lampau,”

Buffon tampil kali pertama untuk skuad Azzurri ketika berusia 19 tahun pada Piala Dunia 1988 ketika saingan playoff berdepan Russia, tetapi aksi terakhirnya juga menyaksikan dia gagal mencapai rekod pemain pertama beraksi di enam edisi Piala Dunia.

Kapten Juventus ini yang menegaskan dia akan bersara selepas akhir musim ini berkata, penyokong Itali perlu terus melihat masa depan dan ketika ini, penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma dilihat sudah bersedia menyarung jersi nombor satu.

“Sentiasa ada masa depan untuk bola sepak Itali, yang menjadi kebanggaan kami, dan selepas keputusan yang teruk, kami sentiasa mencari jalan untuk bangkit,” katanya.

“Saya meninggalkan skuad ini yang penuh dengan bakat, termasuk Gigio Donnarumma dan (penjaga gol Genoa) Mattia Perin,” – AFP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN