Itali Gagal Ke Piala Dunia, Pertama Kali Sejak 1958

Sweden berjaya mara ke Piala Dunia selepas kali terakhir pada 2006. Itali pula gagal mara ke Piala Dunia pertama kali sejak 1958.

Gazetta Dello Sport menulis ia adalah ‘kiamat’ untuk bola sepak Itali. Ini hanyalah kali ke-3 Itali gagal mara ke Piala Dunia. Pada 1930 mereka tidak menyertainya. Pada 1958 mereka gagal mara dan kali ini skrip yang sama.

Itali gagal melepasi peringkat kumpulan yang dimenangi oleh Sepanyol. Dalam perlawanan play-off pertama, Itali tewas 1-0 di tangan Sweden. Misi mereka adalah untuk mengatasi defisit tersebut di San Siro.

Tetapi segalanya serba tak menjadi sejak dari awal. Mereka menguasai perlawanan tetapi tumpul di hadapan gol. 17 percubaan gol dengan lebih 70% penguasaan bola.

Kredit harus diberikan kepada pasukan Sweden yang bertahan sangat baik sepanjang perlawanan. Mereka kekal berdisplin.

Ventura memasukkan El Shaarawy dan Belotti pada separuh masa kedua dan tidak menggunakan pemain yang sedang dalam prestasi terbaik Lorenzo Insigne.

Itali mendapat peluang terbaik menerusi Florenzi yang melakukan voli serta rembatan deras El Shaarawy.

5 minit masa tambahan diberikan pengadil. Namun Itali masih gagal untuk menyamakan kedudukan. Sweden mara ke Rusia 2018.

Seluruh San Siro menangisi kegagalan pasukan Itali. Seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Bak kata pengulas perlawanan:

“Hari ini di San Siro ada 70,000 penonton dan saya yakin kesemua mereka tidak pernah merasai pengalaman menyaksikan Piala Dunia tanpa Itali.”

Itali adalah pasukan elit dalam Piala Dunia. Mereka menjuarai trofi ini sebanyak 4 kali dalam sejarah mereka. Kali terakhir adalah pada 2006 ketika Piala Dunia terakhir disertai Sweden sebelum ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN